• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO ‘Gunting Dalam Selimut’ – Lim Guan Eng

oleh Mynewshub
07/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO ‘Gunting Dalam Selimut’ – Lim Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan UMNO Pulau Pinang sebagai ‘gunting dalam selimut’ susulan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai kerjasama UMNO dan DAP di negeri itu.

Menurutnya, kenyataan tersebut bukan sahaja tidak mesra, malah bersifat kasar terhadap pihak yang sepatutnya menjadi sekutu dan rakan kerjasama dalam kerajaan Pulau Pinang.

“Lebih membimbangkan, beliau menuduh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengamalkan politik identiti, sedangkan BN dan PN yang sebenarnya menjadi pelaku utama politik sedemikian.

“Mampukah hubungan antara UMNO dan DAP dalam kerajaan negeri Pulau Pinang terus kekal baik serta bebas daripada ketegangan apabila UMNO menjadi ‘gunting dalam selimut’ dengan melancarkan serangan yang langsung tidak berasas seperti ini?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Guan Eng berkata, DAP Pulau Pinang tidak memerlukan musuh dengan rakan (UMNO) seperti itu lebih-lebih lagi apabila Perikatan Nasional (PN) kini telah menjadi sekutu rapat PN.

“Adakah UMNO kini akan menggunakan kedudukannya untuk memanfaatkan sumber kerajaan negeri Pulau Pinang bagi membantu PN sambil mengenepikan Pakatan Harapan (PH)?

“Sudah tiba masanya kepimpinan politik PH di negeri ini bertindak dengan tegas bagi pihak para pengundi kita untuk mempertahankan maruah dan martabat kita sebagai kerajaan Pulau Pinang serta sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: Barisan NasionalBNGunting Dalam SelimutKerajaan Pulau PinangLim Guan Engpakatan harapanPenasihat DAPperikatan nasionalPHPNUMNO
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan sama ada wujud ‘tangan ghaib’ di sebalik tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia...

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

24/09/2026
0

PUTRAJAYA - Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu. Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd