• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Jejak Gajah Sebabkan Kematian Remaja Orang Asli

oleh AK-47
10/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perhilitan Jejak Gajah Sebabkan Kematian Remaja Orang Asli
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang memulakan operasi bagi menangkap gajah liar dipercayai menyebabkan kematian seorang remaja Orang Asli di Kampung Tual, Pos Sinderut di Kuala Lipis, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata 11 kakitangan terbabit dalam operasi menangkap hari ini dibahagikan kepada dua pasukan manakala lima lagi petugas ditubuhkan bagi tujuan kawalan keselamatan.

“Penjejakan akan dibuat setiap hari berdasarkan kesan terbaru yang ditemukan kumpulan peninjau dan maklumat daripada penduduk.

“Jarak penjejakan dianggarkan antara 10 hingga 20 kilometer setiap hari, bergantung kepada jejak yang ditinggalkan haiwan berkenaan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Rozidan berkata, setakat ini, operasi itu dijadual diadakan selama 10 hari.

Semalam, polis mengesahkan kematian Andy Yok Manin, 15, dipercayai akibat serangan gajah semasa berada di kebun durian di kampung itu.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.30 petang semalam, oleh batin kampung selepas keluarga mangsa yang turut berada di kebun berkenaan membawa mayatnya pulang ke rumah yang terletak kira-kira 30 kilometer dari kebun.

Gajah itu dipercayai menghala ke kebun itu selepas dihalau penduduk Kampung Regang di pos sama, selepas membuat kacau di situ.

-Harian Metro

Tags: gajahOrang AsliPerhilitan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd