Sample Page Title

PETALING JAYA : Pemimpin Perikatan Nasional (PN) perlu melakukan sesuatu supaya masalah psikologi dihadapi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berlarutan dan menjadi lebih kronik khususnya mengeluarkan kenyataan pemberian wang kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai sedekah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, mereka perlu menyedarkan Ahli Parlimen Marang itu supaya banyak-banyak mengucap dan terima hakikat bahawa PN gagal jadi kerajaan walaupun menang banyak kerusi.

Beliau juga melahirkan kebimbangan apabila bekas Duta Khas ke Timur Tengah itu semakin hilang kawalan untuk berfikir secara waras sampai menjejaskan imejnya sebagai agamawan.

“Saya syak Presiden Pas mengalami masalah kemurungan politik melampau sebab itulah dia masih duduk, merapu, meroyan dan sibuk nak campur urusan penubuhan Kerajaan Perpaduan. Dia ini masih tak berhenti-henti bercakap macam masih tak boleh terima takdir Allah.

“Malah seperti biasa, Abdul Hadi cukup popular dengan siri fatwa-fatwa politik yang hanya memberi keuntungan kepada partinya saja. Bila orang buat salah, tapi bila dia buat terus ada dalil untuk menghalalkan semuanya termasuklah yang haram boleh dihalalkan asalkan memberi laba kepada Abdul Hadi dan Pas.

“Baru saja tiga hari lepas Abdul Hadi keluarkan fatwa baharu. Sogok duit kepada pengundi tak dikira rasuah sebaliknya kalau ikutkan hukum Fikah Haji Hadi, ia dianggap sebagai sedekah. Abdul Hadi menghalalkan wang rasuah undi untuk beli undi dan bukan satu dosa besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Abdul Hadi mendakwa, pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 adalah sedekah.

Ahli Parlimen Marang itu mengulas perkara itu sebagai reaksinya terhadap tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman yang dimenangi calon Pas.


Dalam pada itu, Nur Jazlan menambah, tindakan Presiden Pas itu bukan satu perkara baharu kerana sering pernah memburukkan parti-parti politik seperti DAP dan PKR meskipun sebelum ini pernah berbaik-baik dalam menjalinkan kerjasama politik.

“Begitu juga dengan UMNO. Selepas PRU14, puji melambung pemimpin-pemimpin UMNO sebab nak bergabung tubuhkan Muafakat Nasional (MN). Malah Abdul Hadi juga pernah beri pujian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Tapi bila hubungan Pas dan UMNO gagal diteruskan dalam MN, mereka terus bertukar perwatakan. Abdul Hadi sendiri pusing 180 darjah dan mula mencaci serta mencerca UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

“Lepas PRU15, dia kutuk pula UMNO sebab bekerjasama dengan Pakatan Harapan tubuhkan Kerajaan Perpaduan kononnya kerajaan itu tak ikut peraturan Allah dan haram,” katanya.

Sebaliknya, Nur Jazlan menjelaskan, Kerajaan Perpaduan hari ini berjaya dibentuk bila DAP bersetuju menerima agenda mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Raja yang disyaratkan UMNO manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik ramai menteri dan timbalan menteri dalam kalangan Melayu Islam dalam Kabinet demi menunjukkan kekuatan sejati Melayu Islam di Malaysia.

“DAP juga bertolak ansur untuk terima kuota menteri dan timbalan yang kecil jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang mereka menangi

“Sudah-sudahlah Hadi, buatlah kerja sebagai pembangkang dengan baik dan cuba bantu kerajaan untuk bagi idea lebih baik daripada asyik duduk berpolitik 24 jam,” tegasnya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...