• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tatakelola, Reformasi Cuma Sedap Disebut – Abdul Hadi

oleh Mynewshub
02/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tatakelola, Reformasi Cuma Sedap Disebut – Abdul Hadi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan slogan tatakelola dan reformasi yang sering dilaungkan kerajaan sebagai sesuatu yang sedap disebut, namun menurutnya terlalu berat untuk dilaksanakan.

Beliau mendakwa usaha memerangi rasuah juga masih gagal mencapai matlamat apabila tindakan penguatkuasaan didakwa hanya tertumpu kepada pihak tertentu.

“Perkataan tatakelola yang sedap disebut, begitu juga slogan reformasi yang ditempikkan, begitu berat untuk ditanggung. Bahkan, gejala rasuah yang diisytiharkan sebagai perang besar juga turut gagal diatasi, jauh sekali untuk menghapuskannya.

“Hal ini demikian kerana, longkang yang bernyamuk tidak dibersihkan. Mereka hanya memilih lawan tertentu untuk diambil tindakan, manakala kawan dan lawan yang menyerah pula diselamatkan.

“Lebih menghairankan, kalangan penyumbang rasuah pula berada dalam kedudukan yang paling selamat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Abdul Hadi turut mendakwa masalah moral dan jenayah gagal ditangani, selain membangkitkan isu berkaitan arak, dadah, kes bunuh serta kejadian bunuh diri.

Menurut beliau, pendekatan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) juga masih berpaksikan penyelesaian yang disifatkannya sebagai sekularisme warisan penjajah.

Terdahulu, Abdul Hadi menyifatkan kerajaan yang terdiri daripada parti dengan pelbagai ideologi termasuk DAP, PKR dan Amanah sebagai gabungan yang menurutnya tidak sesuai dengan kehendak rakyat.

Beliau mendakwa keadaan itu menyebabkan rakyat daripada pelbagai latar belakang termasuk pendidik, penjawat awam, peniaga, petani, nelayan dan penganggur berdepan tekanan kehidupan.

Abdul Hadi turut mendakwa kerajaan PH yang membawa slogan perpaduan kini menunjukkan keretakan dan meramalkan jangka hayat kerjasama berkenaan tidak sepanjang gabungan politik terdahulu.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kekesalan apabila mendakwa usaha melaksanakan Islam di negeri-negeri yang dikuasai PAS berdepan halangan menerusi proses perundangan yang belum disempurnakan.

Beliau antaranya membangkitkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang pernah diperjuangkan PAS.

Menurutnya, cadangan berkenaan yang disifatkan memperkenalkan hukuman bersifat mendidik mendapat bantahan DAP ketika dibentangkan, selain beliau mendakwa tidak kelihatan sokongan daripada parti-parti Melayu dalam PH. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Abdul Hadi Awang

Tags: CumaPresiden PASReformasiSedap DisebutTan Sri Abdul Hadi AwangTatakelola
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” –  Sheikh Umar

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” – Sheikh Umar

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd