KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sambil menitipkan doa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Menerusi hantaran di Facebook, Abdul Hadi berkongsi mengenai ziarah berkenaan selain mendoakan agar segala dosa Allahyarhamah diampunkan Allah SWT.
“Menziarahi pusara Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya,” katanya.
Beliau turut mengakhiri hantaran ringkas berkenaan dengan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Abdul Hadi Awang


