• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas Dipenjara 6 Tahun

oleh Mohd Arshad
27/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bapa Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas Dipenjara 6 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas menggelegak kerana mengganggunya tidur, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Yasin Halik, 41, yang mengaku bersalah menyimbah air panas daripada pemanas air ke atas kanak-kanak perempuan berusia enam tahun hingga menyebabkan bahu kiri serta kanan dan kedua lutut mangsa melecur.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik sewa di Jalan Pudu di sini, pada 12 tengah hari, 1 Dis tahun lepas, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Norina memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 11 Disember 2022 selain mengarahkannya berkelakuan baik dengan bon jaminan tanpa cagaran selama tiga tahun serta melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama 180 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Berdasarkan fakta kes, pada 7 malam, 1 Disember 2022, pengadu iaitu seorang wanita warga Indonesia bernama Suma pulang dari kerja dan melihat mangsa serta seorang lagi anaknya dalam keadaan bogel dengan kesan melecur pada badan dua anaknya itu.

Wanita itu yang juga tukang masak di sebuah restoran telah bertanya kepada anak-anaknya dan mereka menjawab “bapa siram air panas sebab kakak dengan adik bising”.

Pengadu hendak membawa mereka ke hospital tetapi dihalang oleh tertuduh dan pengadu telah membuat laporan polis pada 9 Disember 2022 selepas seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menyiram air panas menggelegak ke atas badan mangsa kerana mengganggunya tidur.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh kerana sebagai seorang bapa dia seharusnya melindungi kanak-kanak itu, bukan menyimbah air panas tanpa belas kasihan.

Mohd Yasin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia mahu berjumpa ibu bapanya di Sabah.

Pada 21 Disember tahun lepas, lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh anak sulungnya berusia sembilan tahun, di lokasi sama pada 9 malam, 9 Dis 2022, sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini.

Di Mahkamah Majistret sama, Mohd Yasin dijatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah menyimbah air panas ke badan Suma sehingga menyebabkan mangsa melecur pada punggung kiri.

-Berita Harian

Tags: air panasPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd