• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ABIM Kelantan Mohon Kerajaan Benar Pramugari Tutup Aurat

oleh AK-47
31/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
ABIM Kelantan Mohon Kerajaan Benar Pramugari Tutup Aurat
Share on FacebookShare on Twitter

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan memohon agar kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia membenarkan pemakaian menutup aurat bagi wanita muslim yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang dipertuanya Mohd Shahiran Muhammad berkata, pihaknya menegaskan perkara itu penting memandangkan ia termasuk dalam hak kebebasan mengamalkan ajaran agama secara harmoni yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Abim Kelantan berharap pihak Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk mengemukakan satu dasar baharu untuk memastikan semua syarikat penerbangan di Malaysia memberi kelonggaran kepada pramugari untuk menutup aurat berasaskan kesesuaian yang ditetapkan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebulum ini isu tersebut lantang diperjungkan pemimpin PAS, antaranya oleh ahli Parlimen Rantau panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Bagaimanapun tiada perkembangan terkini ke arah usaha tersebut selepas kerajaan di peringkat persekutuan bertukar pentadbiran beberapa kali sejak lima tahun terakhir termasuk apabila PAS menjadi sebahagian kerajaan.

Zailah sebelum ini dilaporkan pernah beberapa kali membangkitkan agar polisi yang membolehkan anak kapal menutup aurat dapat diwajibkan ke atas semua syarikat penerbangan.

Malah, dia turut menggesa polisi itu dapat dilaksanakan di semua sektor swasta supaya pakaian seragam pekerja dapat menutup aurat sebagaimana disyariatkan oleh Islam.

Pada Mac 2020 Zailah menegaskan dia akan cuba merealisasikan pelaksanaan polisi menutup aurat buat pramugari.

Sehubungan itu, dia dilaporkan berkata akan membuat kunjungan hormat ke pejabat menteri agama ketika itu, Dr Zulkifli Mohamad bagi membincangkan mengenai polisi yang pernah dicadangkan dan diperjuangkan PAS dalam Dewan Rakyat ketika mereka menjadi pembangkang.

-Malaysia Kini

Tags: ABIM KelantanauratKerajaanPramugari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd