• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Teraju Miti, Saifuddin Ketuai KDN

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tengku Zafrul Teraju Miti, Saifuddin Ketuai KDN
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, diumumkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan pada Mac 2020 dipilih semula sebagai Senator bagi menjawat jawatan itu.

Zafrul sebelum ini mengumumkan menyertai Umno dan bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN) sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) di Kuala Selangor menentang calon Pakatan Harapan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, calon Perikatan Nasional, Mohd Noor Mohd Sahar dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd Shaid Rosli.

Beliau tewas selepas penyandangnya, Dr Dzulkefly Ahmad berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu.

Zafrul memperoleh sebanyak 30,031 manakala Dr Dzulkifli menang tipis dengan kelebihan 1,002 undi selepas memperoleh sebanyak 31,033 undi.

Turut dilantik sebagai senator ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR itu dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) pada Mei 2018 sehingga Mac 2020.

Bekas ahli Umno itu gagal mempertahankan Parlimen Kulim Bandar Baharu apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 13,061 undi.

Calon PN, Roslan Hashim meraih 34,469 undi berbanding Saifuddin hanya meraih 21,408 undi.

Dua calon lain iaitu Muhar Hussain dari Barisan Nasional (BN) meraih 13,872 undi, manakala calon Pejuang, Mohamad Yusrizal Yusoff hanya dengan 591 undi.

-Harian Metro

Tags: KDNMITISaifuddin Nasutiontengku zafrul
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

28/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri...

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui kenaikan gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd