• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Semak Penguatkuasaan Undang-Undang Kunci Tayar PBT

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Perak Semak Penguatkuasaan Undang-Undang Kunci Tayar PBT
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Kerajaan Perak akan menyemak penguatkuasaan sedia ada di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini berhubung pelaksanaan undang-undang kunci tayar, kata Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, pihaknya sedia maklum mengenai keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa undang-undang kunci tayar dikuatkuasakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Kelantan adalah tidak sah kerana bertentangan dengan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

“Saya difahamkan (kes) itu ada kontroversi sebab pihak PBT (MPKB) outsorce (penyumberluaran) penguatkuasaan kepada syarikat swasta, maknanya apabila kuasa itu (kunci tayar) diturunkan kepada pihak swasta, ia (syarikat swasta) tiada kuasa untuk mengunci tayar.

“Tetapi kita ambil maklum keputusan mahkamah itu untuk semak balik sama ada penguatkuasaan sedia ada di Perak, ada atau tidak kes yang sebegitu rupa yang mungkin akan timbulkan isu,” katanya selepas menyempurnakan perasmian pembukaan Grab Driver Centre di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah syarikat swasta yang mengendalikan tempat letak kenderaan di kawasan pentadbiran MPKB didakwa rancak menjalankan ‘perniagaan’ kunci tayar apabila sengaja mencari pesalah di bahu jalan terutama di laluan masuk hospital dan lokasi tumpuan awam.

Dalam perkembangan lain, Sandrea berkata, penyelarasan berkaitan parkir letak kereta bagi PBT di Perak hanya terpakai bagi kadar bayaran iaitu RM0.60 sejam tanpa membabitkan penyeragaman mengenai tetapan pengecualian hari tertentu khususnya Ahad dan cuti umum.

“Setakat ini di Perak, hanya kadar parkir sahaja yang kita (kerajaan negeri) seragamkan dari segi pembayaran seperti mana termaktub pada aplikasi Park@Perak,” katanya

Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas rungutan pengguna media sosial baru-baru ini berkenaan bayaran parkir di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yang turut dikenakan pada Ahad serta cuti umum, bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Rungutan timbul apabila di kebanyakan tempat di bawah pentadbiran PBT lain di Perak, mengecualikan bayaran parkir letak kereta pada hari Ahad dan hari kelepasan am.

-Harian Metro

Tags: Penguatkuasaan Undang-Undang Kunci Tayar PBTPerak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd