Sehingga 31 Julai lalu sahaja seramai 186,346 individu dengan jumlah amaun tunggakan cukai berjumlah RM12.9 bilion dikenakan tindakan sekatan perjalanan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Tindakan itu dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berikutan kegagalan mereka menjelaskan tunggakan cukai kepada kerajaan.
Jumlah sebanyak RM12.9 bilion tersebut dalam erti kata lain boleh dianggap sebagai ketirisan wang negara disebabkan perbuatan mereka terbabit.
Nilai RM12.9 bilion yang boleh membawa begitu banyak manfaat jika digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan negara tersebut telah dicurangi.
Malah boleh merencatkan pelbagai program pembangunan yang telah direncanakan oleh kerajaan pada masa hadapan demi kemajuan negara ini.
Bagaimanapun LHDNM bukanlah sebuah organisasi kutipan cukai negara yang langsung tiada pertimbangan dalam menjalankan amanahnya.
Dalam ketegasan LHDNM menggalas tanggungjawab kepada negara, namun sentiasa mendahulukan situasi menang-menang buat semua pihak.
Sebagai contoh, mereka yang gagal menjelaskan tunggakan cukai kepada kerajaan barangkali berdepan isu tersendiri yang menggagalkan mereka berbuat demikian.
Seperti sering ditekankan oleh LHDNM sebelum ini iaitu LHDNM sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan serta rundingan sekiranya pembayar cukai mempunyai masalah bagi menyelesaikan tunggakan cukai mereka.
Peruntukan undang-undang juga malah memberi ruang kepada pembayar cukai untuk membayar cukai atau baki cukai secara ansuran.
Justeru, janganlah menganggap LHDNM sebagai musuh, sebaliknya anggaplah HASiL LHDNM sebagai rakan yang akan membantu menyelesaikan permasalahan dalam ruang lingkup undang-undang percukaian.
Realitinya, tiada yang lebih pakar untuk membantu anda dalam isu percukaian berbanding para pegawai LHDNM sendiri.
-Mynewshub


