Sunday, October 6, 2024

Creating liberating content

Foto Anak Lelaki Shah...

SHAH Rukh Khan (SRK) merupakan antara nama yang paling berpengaruh di dunia sebagai...

Harga Minyak Petrol RON97...

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 11 sen seliter...

Sufian Bersyukur Video Muzik...

SEKIRANYA mengikut perancangan awal, tanggal 23 Mac sepatutnya menjadi hari bahagia penyanyi, Sufian...

PRK Rompin: 4 Pusat...

ROMPIN - Sebanyak empat daripada 38 pusat mengundi pada pilihan raya kecil (PRK)...

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, permintaan buruh Malaysia terus meningkat pada suku ketiga 2023.

Sekaligus menunjukkan kedudukan ekonomi yang memberangsangkan sejajar dengan peningkatan berterusan aktiviti ekonomi dan sosial semasa.

Ini juga bermakna banyak peluang kerjaya dan perniagaan kembali terbuka untuk dipenuhi termasuk oleh golongan muda negara.

Berdasarkan laporan, sebanyak 227,100 jawatan ditambah pada suku ketiga 2023 kepada 8.9 juta jawatan berbanding 8.68 juta jawatan pada suku sama pada tahun sebelum.

Bagi mereka yang baru memasuki alam pekerjaan atau perniagaan, tentunya ia suatu pengalaman menarik memperoleh sumber pendapatan.

Bagaimanapun, dalam keterujaan membina kerjaya jangan sesekali terlupa ada tanggungjawab yang perlu digalas bukan sahaja buat diri dan keluarga.

Malahan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara melalui tugas kita sebagai seorang pembayar cukai yang amanah, jujur dan berintegriti.

Sewajarnya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita perlu mengambil tahu tentang cukai pendapatan yang wajib ditunaikan.


Berdasarkan catatan di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil. Salah satunya ialah keuntungan daripada sesuatu perniagaan.

Begitu juga pendapatan daripada penggajian; dividen, faedah atau diskaun; sewa, royalti atau premium; pencen, anuiti atau bayaran berkala lain.

Keuntungan dan pendapatan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas juga layak dikenakan cukai berdasarkan peruntukan undang-undang.

Untuk pengetahuan, HASiL merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung
negara.

Menerusi Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP), HASiL dapat menguatkuasakan kutipan cukai ke atas pendapatan individu atau syarikat yang layak dikenakan cukai.

Justeru, kepada mereka yang baharu memasuki alam pekerjaan atau bergelar usahawan, dapatkan pengetahuan mengenai cukai pendapatan di www.hasil.gov.my

Pengetahuan tentang tanggungjawab kepada negara tersebut dapat memastikan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak patuh.- MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori