Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tentera Darat Hantar 3...

ARAU - Tentera Darat telah menghantar tiga batalion anggota untuk meningkatkan pengawasan dan...

PBNJ Ambil Pengadil FIFA...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendahului Persatuan Bola Sepak...

Banjir: Patuhi Arahan Berpindah...

MARANG - Penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak berdegil dengan...

Senarai Barang Berkaitan GST...

IPOH - Senarai produk yang berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diwartakan...

742 Sekolah Selangor Terima Bantuan RM25.8j

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sudah mengagihkan sejumlah RM25.8 juta kepada 742 sekolah di seluruh negeri menerusi program bantuan sekolah, tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata daerah Petaling paling banyak menerima manfaat membabitkan 222 sekolah dengan peruntukan RM7.04 juta.

Beliau berkata, ini diikuti daerah Klang, dengan RM6.18 juta membabitkan 134 sekolah dan RM3.9 juta kepada 102 sekolah di Hulu Langat.

Selain itu, katanya, bantuan disalurkan kepada 68 sekolah di Kuala Selangor (RM1.99 juta), 65 sekolah di daerah Gombak (RM1.79 juta), 49 sekolah di Kuala Langat (RM1.74 juta), 39 sekolah di Hulu Selangor (RM1.19 juta), 35 sekolah di Sepang (RM1.32 juta) dan 28 sekolah di Sabak Bernam (RM856,000).

“Hampir RM26 juta diperuntukkan dalam bantuan sekolah ini dan ada baki kira-kira RM100,000. Mungkin ada permohonan tidak lengkap, kita akan selesaikan secepat mungkin,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.


Beliau juga memberitahu dewan, bantuan sekolah turut diserahkan menerusi beberapa siri Jelajah Selangor Penyayang, yang bermula 19 Jun lalu di Hulu Langat hingga 30 Oktober di Sepang.

“Sebanyak 225 buah sekolah membabitkan sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, sekolah menengah persendirian Cina, sekolah menengah jenis kebangsaan dan mubaligh juga menerima bantuan menerusi program penyerahan bantuan sekolah pada 17 Oktober lalu.

“Bagi kategori sekolah agama rakyat dan sekolah kebangsaan serta menengah kebangsaan pula, sebanyak 501 menerima bantuan yang diadakan pada 21 November lalu,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori