• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Antara Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang

oleh Mohd Arshad
04/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ustaz Kazim Antara Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini mengeluarkan surat pekeliling senarai nama 16 individu, termasuk pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang didapati tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Turut tersenarai, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin dan Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan.

Selain itu, Aiman Subri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Shaharudin Ibrahim, Wan Hizam Abdullah Sabil, Shahrir Long dan Sobri Arshad.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, berkata pihak penganjur dilarang menjemput individu terbabit untuk menyampaikan ceramah, khutbah atau majlis ilmu atas sebab ketiadaan tauliah mengajar yang dikeluarkan MAINPP.

Katanya, pematuhan peraturan itu membabitkan jemputan seperti ceramah, seminar, syarahan, khutbah di masjid dan surau serta institusi di seluruh Pulau Pinang.

“Pihak pentadbiran MAINPP menerima aduan daripada orang awam dan mendapati bahawa 16 penama itu tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP.

“Tujuan larangan ini dikuatkuasakan bagi memastikan semua penceramah menghormati dan mematuhi kehendak perundangan syariah berhubung pentauliahan.

“Ia juga bertujuan memastikan penceramah selayaknya menyampaikan ilmu menyatupadukan dan tidak menimbulkan kekeliruan serta perselisihan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian sesama masjid dan ahli kariah,” katanya dalam surat pekeliling itu.

Keingkaran mematuhi perkara berkenaan boleh mendatangkan implikasi kepada penceramah mengikut Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang (EKJSNPP) 1996 dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Penganjur pula boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali kerana melanggar Seksyen 43 (Penyubahatan) yang dibaca bersama Seksyen 11 EKJSNPP 1996 iaitu bersubahat menganjurkan program membabitkan penceramah tanpa tauliah.

-Berita Harian

Tags: ceramahPulau Pinangustaz kazim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

27/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa lebih 10,000 rakyat Negeri Sembilan menghadiri ceramah Pakatan Harapan...

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd