Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Panik Akibat Tersepit...

Malang tidak berbau....seorang kanak-kanak telah terperangkap di dalam mesin basuh ketika bermain di...

Demonstrasi Jalanan Perlekeh Penggunaan...

ISLAM tidak pernah melarang golongan wanita untuk berfesyen dan mengikuti aliran terkini di...

Mohon Naik Taraf Hospital...

BENTONG - Kementerian Kesihatan (KKM) diharap dapat mempertimbangkan keperluan menaik taraf Hospital Bentong...

Empat Calon Cabar Loke...

SEREMBAN : Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook disaingi empat calon lain bagi...

Raja-Raja Melayu Bincang Di Istana Negara Esok

Kuala Lumpur : Istana Negara menganjurkan perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok, susulan kemelut pembentukan kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk mengadakan perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, ia bertujuan mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

“Baginda berkenan menerima menghadap wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan di lstana Negara hari ini.

“Sesi-sesi menghadap itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) secara berasingan bermula pada jam 4.30 petang semalam.

“Sesi menghadap ketua-ketua gabungan adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang dimaklumkan oleh ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-pari politik kepada Istana Negara semalam yang didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.


“Adalah dimaklumkan bahawa proses di atas adalah selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

“Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti.

“Rakyat sudah membuat keputusan untuk memilih wakil mereka. Maka, terserah kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata, Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori