• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Prestasi WARISAN Merosot, Hanya Menang Tiga Kerusi

oleh Mohd Arshad
20/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Prestasi WARISAN Merosot, Hanya Menang Tiga Kerusi
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Hasrat Parti Warisan (WARISAN) untuk menguasai sebahagian besar daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah, selain satu di Labuan dan 26 kerusi lagi di Semenanjung tidak kesampaian apabila hanya memenangi tiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiga kerusi terbabit ialah Semporna yang dipertahankan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kerusi Parlimen Lahad Datu yang dimenangi adiknya, Datuk Mohd Yusof Apdal dan kerusi Parlimen Kota Belud yang dipertahankan Ketua Wirawati WARISAN, Isnaraissah Munirah Majilis.

Keputusan PRU15 semalam menyaksikan WARISAN kehilangan empat kerusi iaitu Penampang, Sepanggar, Papar, dan Kalabakan selain gagal memenangi semula kerusi Parlimen Batu Sapi yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, mendiang Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober 2020.

Ketika PRU14 pada 2018, WARISAN memenangi lapan kerusi Parlimen di Sabah iaitu Semporna, Lahad Datu, Kalabakan, Papar, Penampang, Sepanggar, Kota Belud dan Batu Sapi.

Kerusi Parlimen parti itu kemudiannya bertambah kepada sembilan selepas PRU14 berikutan penyertaan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli ke dalam parti itu, namun Rozman turut gagal mempertahankan kerusi berkenaan apabila tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaili Abdul Rahman pada PRU15, semalam.

Bukan setakat itu, keputusan PRU15 semalam turut menyaksikan Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking gagal mempertahankan kerusi Parlimen Penampang apabila tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ewon Benedick dengan majoriti 14,410 undi.

Darell memenangi kerusi Penampang kali pertama pada 2013 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menewaskan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada masa itu, Tan Sri Bernard Dompok dan mengekalkan kemenangan atas tiekt WARISAN pada 2018 dengan majoriti lebih 23,000 undi.

Turut tewas semalam ialah Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar apabila tewas dengan majoriti 7,042 undi di tangan calon PH, Mustapha Sakmud.

Pada PRU14, Azis memenangi kerusi berkenaan dengan lebih 12,000 undi majoriti menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Mohd Shafie sebelum ini menyatakan keyakinannya untuk memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen di Sabah dalam usahanya untuk menjadi ‘kingmaker’ kepada pembentukan kerajaan Pusat.

WARISAN bagaimanapun memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan yang diadakan serentak semalam.

Calonnya, Jamil Hamzah menang dengan majoriti 6,629 undi setelah memperolehi 11,382 undi mengalahkan enam pencabar lain dalam persaingan tujuh penjuru.

PRK DUN Bugaya diadakan berikutan kematian penyandangnya, Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020.

-Berita Harian

Tags: kerusiwarisan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

09/08/2026
0

MELAKA - Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi...

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd