• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

oleh Mynewshub
09/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan keterbukaan BN untuk mewujudkan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka sebagai peluang yang wajar diteliti.

Beliau malah mendakwa Pengerusi PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim sudah berhubung dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Bagaimanapun, Adam Adli memaklumkan belum ada sebarang rundingan rasmi antara PH Melaka dan BN Melaka berhubung kerjasama politik setakat ini.

“Buat masa sekarang, kita di peringkat negeri Melaka memang belum ada sebarang rundingan rasmi, di mana sekali pun. Cuma komunikasi dan perbincangan sentiasa diadakan sama ada secara individu mahupun wakil-wakil parti dengan BN,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga memaklumkan PAS sedia berunding dengan UMNO berhubung kerusi yang bakal ditandingi dalam PRN Melaka.

Menurut beliau, perkara yang penting dalam PRN Melaka adalah kesefahaman antara BN dan PN untuk menyekat PH.seperti PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Ketua Pemuda UMNO yang juga ADUN BN di Melaka, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dalam hantaran di media sosial pula menyindir hasrat PH untuk bekerjsama dengan BN dalam PRN Melaka.

“Julai 2026 PH Melaka muktamad keluar kerajaan. Ogos 2026 nak bincang rundingan kerusi bersama. Macam ini pun ada ya,” katanya.

Apa pun keputusan sama ada BN bertanding solo atau bakal menjalin persefahaman dengan PN atau PH kini terarah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ab Rauf. – MYNEWSHUB

 

Tags: agihanBNDatuk Seri Ab Rauf YusofDatuk Seri Dr. Ahmad Zahid HamidkerjasamakerusiKetua Menteri MelakaPengerusi BNpersefahamanPHPNPRN Melaka
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbas detik PH mengambil keputusan bekerjasama dengan Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd