Sample Page Title

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon baharu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kuala Rompin, Rompin esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata pengumuman calon akan dilakukan di Kuala Rompin pada jam 9 malam esok.

“Sebenarnya ada tiga nama calon yang disenaraikan dan pengumuman rasmi calon yang dipilih akan diumumkan esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 19 November lalu, Md Yunus Ramli iaitu calon PN bagi DUN Tioman meninggal dunia dipercayai selepas mengalami serangan jantung.

Berikutan itu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman pada PRU15 pada 19 November itu ditangguhkan.

Pada PRU15, Allahyarham Md Yunus sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan (PH), Osman A Bakar (PEJUANG) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan Khamis ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan manakala hari pengundian PRU15 bagi kerusi DUN Tioman pada 7 Disember depan.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria Penentuan Kabinet

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah antara...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor Diteliti Semula

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula...