• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ: Zahid Tiada Lagi Keabsahan Moral, Mesti Undur Segera

oleh AK-47
22/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
KJ: Zahid Tiada Lagi Keabsahan Moral, Mesti Undur Segera
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan Ahmad Zahid Hamidi tiada lagi kebabsahan moral sebagai presiden Umno dan tidak layak membuat keputusan bagi pihak parti itu berkenaan pembentukan kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan di Twitter, Khairy juga mengulangi pendirian agar presiden Umno itu meletakkan jawatan segera.

“Perundingan pembentukan kerajaan baru tidak boleh melibatkan @DrZahidHamidi.

“Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden Umno dan mesti undur segera.

“Dia mungkin presiden atas nama, tetapi dia tidak mempunyai keabsahan moral lagi untuk membuat keputusan bagi pihak Umno,” katanya pada hantaran di Twitter.

Kelmarin, bekas ketua Pemuda Umno, menggunakan analogi kalah perang untuk menggesa Zahid berundur.

“Apabila kalah dalam peperangan, Panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab. Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi Umno tidak boleh ditangguh lagi,” katanya.

Sejak BN mencatatkan rekod terburuk dalam pilihan raya baru-baru ini, Zahid menerima bertalu-talu desakan daripada pemimpin gabungan parti itu supaya meletakkan jawatan.

Antara yang berbuat demikian ialah Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon yang menyifatkan telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Zahid.

Selain itu Menteri Besar Johor, Onn Hafiz dan Naib Presiden Umno, Shahril Hamdan menjadi antara yang terawal menggesa agar presiden parti itu berundur secara terhormat.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahidi HamidiKeabsahan MoralKJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Setuju Kekal Pembangkang – PM

Next Post

Warisan Sokong PH, BN Bentuk Kerajaan Persekutuan

Related Posts

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

29/03/2024
0

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya digunakan pihak lain dalam Pangkalan Data Utama...

KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu

KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu

05/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu. Ikuti...

Next Post
Warisan Sokong PH, BN Bentuk Kerajaan Persekutuan

Warisan Sokong PH, BN Bentuk Kerajaan Persekutuan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd