Sample Page Title

SHAH ALAM – Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula selepas pembentukan barisan kabinet berikutan penglibatan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, beliau bagaimanapun masih belum mendapat arahan untuk menukar kedudukan Ketua Pembangkang DUN daripada BN yang kini disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Tawar, Datuk Rizam Ismail kerana penyelarasan berkenaan perlu selesai di Putrajaya terlebih dahulu.

“Pembentukan kabinet dalam masa terdekat, mungkin hari ini atau esok. Jadi kita di peringkat Selangor akan meneliti (kedudukan Ketua Pembangkang DUN). Bagi saya masih terlalu awal lagi sebab kita perlu susun di Putrajaya terlebih dahulu dan kemudian menyusul di negeri.

“Saya akan serahkan (perkara) ini kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menguruskan perbincangan dan sebagainya. Sekiranya saya mendapat arahan dan maklumat, mungkin kedudukan dan sebagainya dalam dewan itu akan disusun semula. Tetapi setakat ini belum ada lagi perkembangan lanjut daripada Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa bagi mengulas berhubung kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Dalam pada itu, Suee Lim yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor secara individu tidak menolak kemungkinan bahawa PH dan BN akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun hadapan.


“Itu kemungkinan besar, walaupun saya belum dapat sebarang arahan, tapi saya secara individu sebagai seorang senior dalam politik di Selangor, melihat perkembangan ini memang ke arah itu. Kebarangkalian itu besar dan akan wujud satu konsep atau landskap baharu (politik) di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Rizam berkata, untuk persidangan DUN kali ini BN tetap berada di blok pembangkang dan beliau masih berperanan sebagai Ketua Pembangkang melaksanakan fungsi semak dan imbang serta pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pucuk pimpinan berhubung status BN dalam kerajaan Selangor.

“Insya-ALLAH sehari dua ini akan ada mesyuarat di peringkat Badan Perhubungan UMNO Selangor dan mungkin ada beberapa pengumuman oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baharu (Datuk Megat Zulkarnain Omardin),” katanya.

Komposisi kerusi kerajaan di DUN Selangor terdiri daripada PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia serta Pejuang masing-masing dua manakala Pas, Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...