Sample Page Title

IPOH – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta supaya Pesuruhjaya Sukan (PJS) meneliti semula pembatalan pendaftaran Persatuan Olahraga Selangor (POS).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu adalah bagi memastikan tindakan yang diambil pada Isnin lalu mengikut peraturan atau undang-undang yang sedia ada dalam PJS.

Menurutnya, isu yang melanda POS bukan satu perkara baharu malah banyak dialami oleh persatuan-persatuan sukan lain di negara ini.

“Ada banyak masalah-masalah begini bukan sahaja POS malah tempat lain seperti Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Perak pun ada masalah.

“Tetapi saya sudah mengarahkan PJS untuk meneliti setiap kes dan buat keputusan mengikut peraturan dan undang-undang yang ada dalam pesuruhjaya itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kembara Sahur bersama Funride Riders di sebuah restoran di Tambun pada Sabtu.

Isnin lalu, PJS mengesahkan pendaftaran POS dibatalkan sekali gus semua pemilihan termasuk kepimpinan terdahulu badan induk itu adalah tidak sah.

Namun, POS merayu campur tangan Ahmad Faizal yang kini mempunyai kuasa untuk membatalkan notis pembatalan pendaftaran berkenaan dengan penyertaan puluhan atlet yang bernaung di bawah POS berkemungkinan tidak dibenarkan menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) September ini.

Menurut Ahmad Faizal, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil badan induk terbabit.

“Saya tiada masalah hendak berjumpa dengan sesiapa tetapi perjumpaan itu mengikut keutamaan.


“Jika perkara itu boleh diselesaikan oleh PJS, saya rasa itu juga boleh dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata, skuad badminton negara akan mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina yang akan bermula Selasa ini.

“Kita lihat pemain-pemain berada pada tahap terbaik dan amat bersemangat pada setiap kejohanan

“Namun, saya kira rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan badminton perlu faham dan jangan sesekali kita beri tekanan kepada para pemain sehinggakan mereka tertekan sewaktu mewakili negara. Saya harap mereka diberi ruang untuk memastikan kejayaan dapat diraih,” katanya.

Pada kejohanan itu, pemain ranking ketujuh dunia, Lee Zii Jia akan menentang pemain China, Sun Fei Xiang untuk aksi pusingan pertama.

Selain Zii Jia, tiga lagi pemain perseorangan lelaki negara akan menyertai BAC iaitu Liew Daren, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Acara beregu lelaki pula ia akan digalas oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; juara Terbuka Jerman, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei; Tee Kai Wun-Man Wei Chong dan pasangan profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...