• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perak Umum Senarai Calon DUN Untuk PRU15

oleh Mohd Arshad
02/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Perak Umum Senarai Calon DUN Untuk PRU15
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Barisan Nasional (BN) Perak hari ini, mengumumkan senarai calon bagi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata bagi empat kerusi DUN iaitu N18 Aulong, N30 Buntong, N31 Jelapang, dan N57 Sungkai tidak diumumkan hari ini kerana perbincangan masih berjalan.

“Kerusi Aulong itu pada asalnya kerusi GERAKAN, jadi parti komponen masih lagi berbincang siapa yang sepatutnya diberikan kerusi itu.

“Tiga lagi kerusi MIC iaitu Buntong, Jelapang dan Sungkai mereka belum menamakan lagi (calon) kepada saya,” katanya selepas hadir pengumuman calon BN Perak di Hotel Casuarina Meru di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, berkata calon bagi kerusi terbabit akan diumumkan sebaik mendapat senarai nama mereka daripada parti komponen BN.

Dalam pada itu, Saarani turut mengulas mengenai pengguguran penyandang beberapa kerusi DUN.

“Saya tidak berapa gemar menggunakan perkataan pengguguran ini, ia bukan pengguguran tetapi sebahagian daripada mereka itu tidak disambung semula.

“Ada beberapa faktor, di Lenggong, bekas ADUN Kenering mengumumkan dia sudah memang menarik diri, manakala Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman itu adalah keputusan parti, manakala Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kita faham dia sendiri mengumumkan tidak mahu bertanding,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung alasan Datuk Mohd Kazim Elias menarik diri.

“Datuk Ustaz Kazim ini telahpun bersetuju pada sebelah petang dan namanya diumumkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta watikah sudah disediakan.

“Namun, saya berada di Pejabat UMNO semalam dan kira-kira jam 1 pagi, kita mendapat maklumat bahawa dia (Ustaz Kazim) menarik diri,” katanya.

Senarai nama calon PRU-15 BN Perak:

P.054 GERIK – Datuk Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki

N.01 PENGKALAN HULU – Datuk Aznel bin Ibrahim

N.02 TEMENGOR – Salbiah Mohamed

P.055 LENGGONG – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

N.03 KENERING – Rohaida Mohamad Yaakub

N.04 KOTA TAMPAN – Datuk Seri Saarani Mohamad

P. 056 LARUT – Mohd Shafiq Fhadly Mahmud

N.05 SELAMA – Faizul Rizal Zulkifli

N.06 KUBU GAJAH – Osman Ahmad

N.07 BATU KURAU – Saliza Ahmad

P.057 PARIT BUNTAR – Imran Mohd Yusof

N.08 TITI SERONG – Shahrul Nizam bin Razali

N.09 KUALA KURAU – Mohd Jamil Jahaya

P.058 BAGAN SERAI – Zul Helmi Ghazali

N.10 ALOR PONGSU – Datuk Sham Mat Sahat

N.11 GUNONG SEMANGGOL – Nazirul bin Jamaluddin

N.12 SELINSING – Mohamad Noor Dawoo

P. 059 BUKIT GANTANG – Mohammad Sollehin Mohamad Tajie

N.13 KUALA SEPETANG – Mohd Kamaruddin Abu Bakar

N.14 CHANGKAT JERING – Ahmad Saidi Mohamad Daud

N.15 TRONG – Jamilah Zakaria

P.060 TAIPING – Neow Choo Seong

N.16 KAMUNTING – Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie

N.17 POKOK ASSAM – Ang Sui Eng

P.061 PADANG RENGAS – Datuk Mohd. Ariff bin Abdul Majid

N.19 CHENDEROH – Khairuddin bin Mohamed Azahari

N.20 LUBOK MERBAU – Mohamad Azir bin Ismail

P.062 SUNGAI SIPUT – Tan Sri SA Vigneswaran

N.21 LINTANG – Datuk Mohd Zolkafly Harun

N.22 JALONG – Pan Chean Chang

P.063 TAMBUN – Dato Aminuddin Md Hanafiah

N.23 MANJOI – Datuk Azizul Kama Abd Aziz

N.24 HULU KINTA – Datuk Mazlan Abdul Rahman

P.064 IPOH TIMOR – Ng Kai Cheong

N.25 CANNING – Woo Kok Toong

N.26 TEBING TINGGI – Khoo Boon Chuan

N.27 PASIR PINJI – Soo Poh Yeow

P.065 IPOH BARAT – Low Guo Nan

N.28 BERCHAM – Ho Wai Mun

N.29. KEPAYANG – Lim Huey Shan

P.066 BATU GAJAH – Teoh Chin Chong

N.32 MENGLEMBU – Phoon Kai Mun

N.33 TRONOH – Leong Chee Wai

P.067 KUALA KANGSAR – Datuk Maslin Sham Razman

N.34 BUKIT CHANDAN – Azizul Rahim bin Abd. Rahman

N.35 MANONG – Mustafa Shah bin Abdul Hamid

P.068 BERUAS – Ding Siew Chee

N.36 PENGKALAN BARU – Azman Noh

N.37 PANTAI REMIS – Looi Tuan Gin

N.38 ASTAKA – Chieng Lee Chong

P.069 PARIT – Datuk Mohd Nizar Zakaria

N.39 BELANJA – Khairudin Abu Hanipah

N.40 BOTA – Khairul Shahril Mohamed

P.070 KAMPAR – Lee Chee Leong

N.41 MALIM NAWAR – Chin Woon Kheong

N.42 KERANJI – Ng Wah Leng

N.43 TUALANG SEKAH – Datuk Abd Rahman Md. Som

P.071 GOPENG-Ting Zhao Song

N.44 SUNGAI RAPAT-Datuk Hang Tuah bin Din@Mohamed Din

N.45 SIMPANG PULAI-Lee Wai Yin

N.46 TEJA-Liew Yee Lin

P.072 TAPAH-M Saravanan

N.47 CHENDERIANG-Choong Shin Heng

N.48 AYER KUNING-Ishsam Shahruddin

P.073 PASIR SALAK – Khairul Azwan Harun

N.49 SUNGAI MANIK – Datuk Ibrahim Katop

N.50 KAMPONG GAJAH – Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin

P. 074 LUMUT-Dato Dr. Zambry Abd Kadir

N.51 PASIR PANJANG-Mohd Rafiq Mohd

N.52 PANGKOR-Datuk Norzaman Man

P.075 BAGAN DATUK-Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

N.53 RUNGKUP-Datuk Shahrul Zaman Yahya

N.54 HUTAN MELINTANG-Datuk Khairuddin Tarmizi

P.076 TELUK INTAN-T Murugiah

N. 55 PASIR BEDAMAR-Kong Sun Chin

N.56 CHANGKAT JONG-Datuk Mohd Azhar Jamaluddin

P.077 TANJUNG MALIM-Mah Hang Soon

N.58 SLIM-Mohd Zaidi Aziz

N.59. BEHRANG-Salina binti Samsudin

-Berita Harian

Tags: BNBN PerakCalon DUNPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

10 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Next Post

MIC Tanding Di Sungkai, Buntong Dan Aulong

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
MIC Tanding Di Sungkai, Buntong Dan Aulong

MIC Tanding Di Sungkai, Buntong Dan Aulong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd