• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Tanding Di Sungkai, Buntong Dan Aulong

oleh AK-47
02/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
MIC Tanding Di Sungkai, Buntong Dan Aulong
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : MIC akan bertanding di baki tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang belum diumumkan pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Pengerusi BN Perak, tiga DUN tersebut membabitkan DUN Sungkai, Buntong dan Aulong.

“Pengerusi MIC Perak, Datuk V. Elango, 57, dinamakan sebagai calon bagi DUN Sungkai dan akan berhadapan dengan calon daripada DAP, A. Sivanesan.

“Bagi DUN Buntong, MIC menamakan Ketua MIC Ipoh Barat, M. S. Jayagopi, 66, manakala DUN Aulong akan ditandingi Setiausaha MIC Perak, G. Shanmugiavalloo, 53,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, bagi DUN Jelapang, Hamidah Muhamad, yang merupakan calon daripada Parti Makkal Sakti akan bertanding menentang calon DAP, Cheah Pou Hian.

Hamidah, 46, merupakan Ketua Wanita Makkal Sakti Perak dan Ketua Bahagian Makkal Sakti Taiping.

Semalam, pucuk pimpinan BN memperuntukkan 10 kerusi Parlimen kepada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Di Perak, tiga calon MIC dipertaruhkan iaitu Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran di Parlimen Sungai Siput, Datuk Seri M. Saravanan mewakili kerusi Tapah dan Datuk T. Murugiah di Teluk Intan.

-Utusan Online

Tags: MICPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

18/07/2026
0

SEREMBAN - Senator DAP, RA Lingeshwaran mempersoalkan mengapa kaum Cina dan India perlu menyokong MCA dan MIC dalam Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd