Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 3,000 Paket Kuih,...

IPOH: Lebih 3,000 paket kuih-muih dan pelbagai juadah yang dijual pada harga RM1...

Kos Operasi Pembersihan Bauksit...

KUANTAN - Kos pembersihan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di kawasan terjejas...

PAS Harap Kerajaan PH...

KOTA BHARU - Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan memberikan sedikit ruang untuk perbincangan berkaitan...

PBNJ Tidak Hantar Pasukan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor yang tewas dalam Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2014...

10 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 3.40 petang meramalkan negeri berkenaan membabitkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah amaran dikeluarkan bagi daerah Baling dan tiga kawasan di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala di Kelantan membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, ia membabitkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala, Pahang di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.


Seterusnya, amaran sama dikeluarkan bagi Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Negeri Sembilan.

Di Johor membabitkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi manakala bagi Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Sebauh) dan Limbang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah iaitu Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori