• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

oleh Mohd Arshad
11/05/2025
dalam Politik
0
BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat antara parti di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.

“BN, PH bukan satu plus sahaja tetapi ‘plus, plus, plus’ dan ini melihatkan keterbukaan kita (untuk bekerjasama dengan parti di Sabah). Pastinya, bukan hanya parti politik dari Semenanjung dan bukan juga semata-mata parti politik Sabah,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU), di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerjasama menyeluruh antara parti di semua peringkat amat penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang untuk Sabah dapat diteruskan sekiranya gabungan Kerajaan MADANI memperoleh kemenangan dalam PRN itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid menasihatkan semua ahli parti dalam Kerajaan MADANI supaya tidak membangkitkan isu pembahagian kerusi, khususnya menjelang mana-mana pilihan raya negeri.

“Jangan terbawa-bawa dengan emosi atau membuat analisis mengikut pandangan masing-masing. Soal pembahagian kerusi dan sebagainya perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan.

“Kami di peringkat tertinggi sentiasa mengadakan pertemuan dan rundingan. Namun setakat ini, perkara itu belum dibincangkan, jadi ia tidak seharusnya dibangkitkan,” tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda AMANAH Fadhli Umar Aminolhuda, yang menyelar tindakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, kerana menolak cadangan formula agihan kerusi 14:14 antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

BHonline-

Tags: BNPHZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Next Post

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd