Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

6 Amalan Sunat Bulan...

HARI Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia setelah...

“Siapa Cakap Saya Balik...

MULUT manusia ni memang susah nak tutup, ada saja tindak tanduk orang lain...

Gangguan Seksual: Bukit Aman...

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan mengambil keterangan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim...

Pemuda MIC Gesa Tarikh...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC menggesa Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menukar tarikh undian...

Anwar Tuntut RM5 Juta, Permohonan Maaf Pesuruhjaya PAS Perak

Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang menuduhnya mempunyai agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tuntutan itu disampaikan dalam surat tuntutan (LOD) bertarikh semalam daripada peguam Anwar, SN Nair & Partners.

Razman pada Ahad berulang kali memberi amaran kepada orang yang lalu lalang semasa berkempen di pasar malam Tebuk Pancur supaya tidak mengundi PH dan BN.

Dia mendakwa Anwar yang mengetuai PH adalah seorang yang mempunyai agenda LGBT yang mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.

Dia juga mendakwa Anwar akan menyerahkan kuasa kepada DAP.

Dalam surat tuntutan itu, ia menyatakan bahawa kenyataan Razman itu – disifatkan memfitnah – menggambarkan Anwar antara lain sebagai seorang yang tidak berprinsip, korup, manipulatif, pro-komunisme, pro-sosialisme, seorang yang berkelakuan menyeleweng, dan seorang Muslim yang jahat.


Razman diberi masa tujuh hari dari tarikh menerima surat untuk menjawab tuntutan Anwar.

Selain ancaman undang-undang, polis juga sedang menyiasat kenyataan Razman selepas laporan dibuat oleh PKR.

Sementara itu, Razman memberitahu Malaysiakini bahawa dia belum menerima surat tuntutan itu.

“Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Mengulas tanggapan yang menyifatkan ucapannya sebagai fitnah, dia menjawab: “Kita tunggu dan lihat. Lihat kembali 22 bulan ketika Pakatan Harapan memerintah…”

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori