• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Minta SPR, Polis Siasat Ucapan Razman

oleh Mohd Arshad
07/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Amanah Minta SPR, Polis Siasat Ucapan Razman
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Amanah Perak kesal dengan kempen berbaur fitnah yang didakwa dilakukan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, tindakan Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak itu telah mencemarkan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mengambil tindakan dengan menyiasat ucapan Razman menerusi video tular di media sosial.

“Saya amat kesal dengan video tular berkaitan ucapan berbaur fitnah calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas itu.

“Sewajarnya kempen-kempen berbaur fitnah ini dihentikan, malah Islam cukup melarang umatnya memfitnah kerana kesan kepada masyarakat cukup besar dan tindakan ini amat dikesali sama sekali,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Asmuni, Razman sewajarnya memberi fokus kepada permasalahan rakyat seperti isu ekonomi, harga barang dan kemiskinan menerusi kempennya bukannya membuat fitnah dan adu domba.

“Saya mengajak rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan pun kepada rakyat dan negara,” katanya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Razman yang juga penyandang kerusi DUN Gunong Semanggol dikatakan mendakwa UMNO dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama selepas PRU15.

Beliau juga dilaporkan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai PH membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis manakala DAP pula membawa agenda komunis.

-Utusan Online

Tags: AmanahpolisRazman ZakariasiasatSPRucapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ucapan Menyentuh Hati Tunku Mahkota Ismail: ‘Setiap Kali Kita Jatuh Kita Bangkit Semula Itulah Kehidupan’

Ucapan Menyentuh Hati Tunku Mahkota Ismail: ‘Setiap Kali Kita Jatuh Kita Bangkit Semula Itulah Kehidupan’

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Satu rakaman video pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memberi kata-kata semangat kepada pemain pasukan...

Vijay Berterima Kasih Ucapan Tahniah Narendra Modi, Anwar

Vijay Berterima Kasih Ucapan Tahniah Narendra Modi, Anwar

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay berbesar hati menerima ucapan tahniah menerusi media sosial kepadanya oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd