• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YAKEB Cadang Naikkan Bantuan Kepada Ahli

oleh Mohd Arshad
08/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
YAKEB Cadang Naikkan Bantuan Kepada Ahli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bercadang menaikkan bayaran bantuan kepada ahlinya, selepas menerima peruntukan RM5 juta menerusi Bajet 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, berkata kadar kenaikan bayaran bantuan, antaranya sara hidup, kos peralatan perubatan dan kos pesakit luar, akan ditetapkan dalam satu mesyuarat bersama lembaga pengarah yang bakal diadakan pertengahan bulan ini.

Beliau berkata, ketika ini, ahli yang memohon bantuan kos sara hidup menerima RM300 sebulan untuk tempoh enam bulan, diikuti RM20,000 diberikan bagi kos peralatan perubatan setahun, manakala RM2,500 untuk kos pesakit luar, juga setahun.

“Kami juga akan turun padang lebih kerap dengan berkunjung ke kediaman ahli yang memerlukan keprihatinan di seluruh negara, selepas menerima peruntukan dalam Bajet 2023 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Noorul Ariffin bersyukur kerajaan buat julung kalinya memberi perhatian serta peruntukan kepada YAKEB dalam pembentangan bajet sejak yayasan tersebut ditubuhkan pada 2007.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kerana beliaulah yang minta kerajaan untuk beri peruntukan kepada YAKEB dalam Bajet 2023,” katanya.

Sehubungan itu, Noorul Ariffin yakin peruntukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban 2,975 ahli, dengan 80 peratus daripadanya merupakan golongan B40.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023 semalam, memaklumkan kerajaan menyediakan peruntukan RM5 juta kepada YAKEB untuk tahun 2023 dan seterusnya bagi memastikan kebajikan atlet terus terpelihara.

Sebanyak RM332 juta diperuntukkan bagi industri sukan tanah air dalam Bajet 2023.

-Berita Harian

Tags: bantuanYAKEB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd