Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Akhirnya Guan Eng Mengaku...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bahawa hutang negara semasa pentadbiran...

Tahun Melawat Perak 2017:...

IPOH - Sebanyak 500,000 pelancong antarabangsa disasar mengunjungi Perak sempena Tahun Melawat Perak...

Aidilfitri PKP, Orang Ramai...

KANGAR - Keadaan ekonomi tidak menentu akibat penularan wabak Covid-19 mendorong orang ramai...

Miss Bum Bum Jalani...

Brazil – Seorang model, yang menjadi terkenal selepas memenangi pertandingan Miss Bum Bum...

Tun M Dakwa Kerajaan Lemah Punca Politik Malaysia Tak Stabil

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keadaan politik Malaysia berubah menjadi tidak stabil berikutan kerajaan yang lemah dan tidak cekap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu yang dua kali menjadi Perdana Menteri, termasuk selama 22 bulan selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), keadaan kewangan negara juga merosot disebabkan faktor itu.

“Politik Malaysia menjadi tidak stabil dengan kerajaan-kerajaan yang lemah yang tidak cekap. Prestasi Malaysia merosot teruk dan kewangan Malaysia tertekan kerana bayaran hutang yang bertimbun,” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), berkata sebelum keadaan berubah, Malaysia berada di landasan menjadi sebuah negara maju.

“Malaysia sudah jadi negara separuh maju sehingga dikenali sebagai Harimau Asia,” katanya.

Katanya lagi, beliau akan terus menyerang UMNO dan mendedahkan semua kesalahan serta kegagalan parti yang pernah diterajuinya itu.

Dr Mahathir adalah Perdana Menteri keempat dan yang paling lama berkhidmat bermula dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Pada penutup Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002, Mahathir mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO berkuat kuasa Oktober 2003 dan menamakan timbalannya ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti.

Situasi politik negara menjadi bergelora sejak 2018 dengan kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) pada PRU14 selepas memerintah selama enam dekad.

Gabungan pembangkang, PH yang turut disertai BERSATU yang diterajui Dr Mahathir ketika itu buat pertama kali menerajui tampuk pemerintahan kerajaan Pusat dan beberapa negeri.


Kemenangan PH yang turut dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menyaksikan Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua pada usia 92 tahun.

Bagaimanapun, pelantikan Dr Mahathir datang dengan janji penyerahan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun memerintah untuk membolehkan Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri kelapan.

Kemelut politik negara bermula dengan tekanan dari dalam kerajaan PH berhubung peralihan kuasa dan kegagalan mencapai kata sepakat, membawa kepada beberapa pertemuan melibatkan pemimpin utama parti politik termasuk ‘cakap-cakap’ mengenai penjajaran semula politik tanah air.

Kemuncaknya, beberapa pemimpin PH dan parti pembangkang mengatur pertemuan yang dikenali ‘Langkah Sheraton’ pada 23 Februari 2020 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor yang berakhir dengan kejatuhan kerajaan PH selepas 22 bulan memerintah.

Susulan Langkah Sheraton, pada 24 Februari 2020, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar PH.

Lebih mengejutkan, Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BERSATU pada hari sama sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Langkah Sheraton turut menyaksikan PKR memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengakibatkan sembilan lagi ahli Parlimen PKR keluar parti dan menjadi wakil Bebas.

Kemelut yang berlaku mengubah keseluruhan landskap politik dan pentadbiran negara apabila PH kehilangan tampuk pemerintahan. Perubahan pentadbiran di peringkat Persekutuan turut menyebabkan PH hilang kuasa di Johor, Kedah, Melaka dan Perak.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori