• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: AMANAH, MUDA Berebut Kerusi Tanjung Piai

oleh Mohd Arshad
31/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: AMANAH, MUDA Berebut Kerusi Tanjung Piai
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didakwa keputusan yang ‘melukakan’ AMANAH Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Johor, Mazlan Aliman menggesa keputusan berkenaan dirunding semula dan kerusi berkenaan diberikan kepada calon parti itu seperti diputuskan sebelum ini.

Beliau berkata berbeza dengan PKR dan DAP, kepemimpinan AMANAH dilihat lemah dalam menangani rundingan kerusi yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi.

Katanya, keputusan Majlis Presiden PH menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada MUDA, mengulangi detik hitam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu yang juga diberikan kepada MUDA.

“Walaupun penegasan mengenai kepentingan kerusi itu kepada AMANAH diberikan kepada pimpinan khususnya kepada Presiden, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub, namun ia gagal dipertahankan.

“Kerusi pinjaman di Parlimen Ayer Hitam pun gagal diambil semula dan nampaknya, ia akan menjadi milik DAP buat selama lamanya.

“Sementara hari penamaan calon 5 November ini masih berbaki beberapa hari lagi, keputusan di Parlimen Tanjung Piai, mesti dirunding semula. Kembalikan kerusi itu kepada AMANAH seperti mana yang diputuskan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz dilaporkan mengumumkan pengasas bersama MUDA serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Lim Wei Jiet sebagai calon MUDA yang diturunkan PH di Parlimen Tanjung Piai bagi menghadapi PRU15.

Wei Jiet yang juga seorang peguam turut dilaporkan sudah memulakan gerak kerja di Tanjung Piai bersama pasukan MUDA, dengan beberapa program ramah mesra bersama penduduk sudah bermula sejak Khamis lalu.

Dalam pada itu, Mazlan yang juga bekas Ahli Jawatankuasa AMANAH Pusat berkata, AMANAH Johor mesti mengurus emosi dan moral ahli parti yang cukup terkesan dengan situasi penuh kontroversi itu.

“Perlu diingat mandat kepemimpinan diperoleh daripada ahli parti yang menjadi perwakilan dalam pemilihan.

“Bahkan, mereka yang bertungkus lumus dan berkorban apa sahaja bagi memenangkan parti setiap kali pilihan raya berlangsung.

“Saya amat sedih dengan episod ini meskipun kita sentiasa merai dan menghargai rakan PH termasuk DAP, PKR dan MUDA,” katanya.

-Berita Harian

Tags: AmanahkerusimudaPRU-15Tanjung Piai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Mendahului Di Johor – Ismail Salleh

Pakatan Harapan Mendahului Di Johor – Ismail Salleh

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) percaya gabungan politik tersebut akan terus mendahului di Johor. Keyakinan itu dilontarkan oleh...

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh menyifatkan Johor masih ketinggalan berbanding negeri Selangor. Justeru, beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd