Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Saksi Enggan Jumpa Peguambela,...

KUALA LUMPUR - Sesuatu yang dianggap agak luar biasa terjadi ketika perbicaraan SRC...

Grab Lancar Kempen ‘Better...

PETALING JAYA - Syarikat perkhidmatan teksi e-hailing (e-panggilan), Grab Malaysia hari ini melancarkan...

Polis Cari Saksi Kes...

TAIPING - Polis sedang menjejak seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol pada...

Miliki Bahan Lucah, Pekerja...

IPOH - Seorang pekerja kilang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari...

Peruntukan Buat Kontraktor Projek PPRT, PPR Ditambah

Perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan kabinet bersetuju menambah peruntukan buat kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan rumah mampu milik, daripada RM55,000 seunit kepada RM68,000 seunit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Ismail Sabri, langkah itu dibuat kerana kerajaan sedar kontraktor terbabit sedang bergelut dengan isu kenaikan kos bahan binaan dan dengan adanya peningkatan harga tersebut, ia dapat membantu menambah margin keuntungan mereka.

“Dalam keadaan harga barang binaan yang masih tidak menentu, saya ingin memaklumkan bahawa kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan untuk meninggikan atau meningkatkan harga rumah, seperti rumah PPRT (program perumahan rakyat termiskin) di bawah Kementerian Luar Bandar, perumahan PPR (program perumahan rakyat) di bawah KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), malah di bawah DBKL pun ada rumah yang ketika dulu (berharga) RM55,000 ditingkatkan kepada RM68,000.

“Ini bagi memastikan margin keuntungan ada supaya kontraktor yang terlibat dalam pembinaan rumah ini mendapat sedikit (keuntungan),” tambah Ismail Sabri.

Penyandang kerusi parlimen Bera itu berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, kata Ismail Sabri, ada kontraktor yang terlibat memulangkan semula projek perumahan mereka kepada kerajaan kerana tidak mampu menyiapkannya pada harga RM55,000 yang dibayar kerajaan.

“Harganya rendah sangat, tak untung… Bukan tak untung, kadang-kadang boleh rugi.


“Jadi kerajaan sedar dan setuju meningkatkan harga rumah supaya kontraktor mendapat margin keuntungan,” katanya.

Ismail Sabri turut berterima kasih kepada kontraktor Melayu yang didakwanya tabah menyiapkan projek rumah mampu milik walaupun tidak mampu mengaut keuntungan.

Pada Julai lalu, Dewan Rakyat diberitahu ada kontraktor tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan PPRT kerana bayaran diberi kerajaan – bernilai RM55,000 seunit – tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos bahan binaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata pada masa itu kos untuk membina satu unit rumah mampu milik meningkat kepada RM67,000.

Justeru, katanya, kerajaan akan mengkaji semula garis panduan mereka untuk pembinaan PPRT.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori