• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam

oleh Mynewshub
19/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi  Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntukkan RM200 juta bagi pembangunan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) serta RM15 juta untuk pembangunan penempatan masyarakat India di Malaysia.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah yang diambil sepanjang beliau memegang jawatan itu sebagai usaha memperkukuh inklusiviti agar tiada golongan atau kawasan tercicir di bawah kerangka Ekonomi Madani.

“Selain itu, hampir 3,000 projek di Kampung Baharu Cina di bawah Bahagian Kampung Baru Cina India (BKBCI) turut berjaya disiapkan melalui saluran pembiayaan yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-60 DAP di Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, mengulas peralihan parti daripada advokasi kepada pentadbiran, Kor Ming berkongsi pencapaian utama sepanjang beliau memegang jawatan Menteri KPKT.

Katanya, Malaysia mencatatkan jumlah transaksi hartanah tertinggi dalam sejarah sebanyak RM241.9 bilion, selain kelulusan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 15,083 projek infrastruktur berjaya dilaksanakan di seluruh negara, mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam meningkatkan kemudahan asas di peringkat pihak berkuasa tempatan.

“Tambahan pula, kita berjaya memulihkan 1,501 projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara, sekali gus mengembalikan keyakinan 180,000 pembeli rumah serta memastikan projek tersebut kembali berjalan.

“Ini merupakan hasil nyata yang mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian sebenar kepada rakyat,” katanya.

Di peringkat antarabangsa, Kor Ming turut menekankan peningkatan kehadiran global DAP termasuk pemilihannya sebagai Presiden Perhimpunan UN-Habitat bagi tempoh 2025 hingga 2029 yang disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan negara dalam pembangunan bandar mampan. – MYNEWSHUB

 

Tags: DAPKe-60Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanMenteri KPKTNga Kor MingperuntukanRIBIrumah ibadat bukan Islamulang tahun
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd