• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

oleh Mynewshub
01/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memotong peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM3.06 bilion dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berjumlah RM2.39 bilion.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa cadangan itu amat mengecewakan kerana ia menunjukkan kerajaan telah hilang pertimbangan waras berkenaan keutamaan sebenar yang diperlukan oleh rakyat dan negara.

“Hanya kira-kira enam bulan lepas, Bajet 2026 menetapkan peruntukan sebanyak RM46.5 bilion kepada KKM dan RM18.6 bilion untuk KPT. Ketika itu, kerajaan menegaskan peruntukan tersebut membuktikan komitmen Putrajaya terhadap reformasi penjagaan kesihatan, kecemerlangan universiti, kebajikan pelajar dan pembangunan negara.

“Namun hari ini, KKM dijangka berdepan kekurangan dana operasi lebih enam peratus, sementara KPT bakal menghadapi potongan lebih besar sehingga 12 peratus.

“Ini merupakan angka-angka yang sangat signifikan melibatkan dua sektor utama yang memberi kesan langsung ke atas kesejahteraan hidup rakyat dan masa depan Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Takiyuddin seterusnya mendakwa KKM ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai tekanan serius dalam menyampaikan khidmat terbaik, dengan Bajet 2026 menganggarkan keperluan dana lebih RM6 bilion untuk ubat-ubatan, vaksin, reagen dan keperluan habis pakai lain.

Menurut beliau, angka itu tidak
termasuk RM1.2 bilion yang diperlukan untuk tujuan penyelenggaraan serta naik taraf hospital dan klinik.

Justeru, katanya, pengurangan besar peruntukan hanya akan memburukkan lagi isu seperti tempoh menunggu, kesesakan dan penangguhan naik taraf, selain meningkatkan tekanan ke atas petugas kesihatan yang sudah sedia terbeban.

Dalam pada itu, dakwanya, pemotongan peruntukan kepada KPT bermakna kerajaan mendedahkan kebajikan pelajar, kualiti kampus, kecekapan penyelidikan dan kebolehpasaran graduan kepada risiko.

Kata beliau, jika kerajaan benar-benar serius untuk menangani isu disiplin fiskal, ia mesti mendahulukan usaha membanteras pembaziran, ketirisan, projek tidak perlu, perbelanjaan kosmetik, lantikan politik dan program yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

“Selepas berulang kali menjanjikan reformasi ekonomi dan pengurusan kewangan berhemah, kerajaan kini beralih arah dengan bercadang untuk menarik keluar sejumlah besar dana daripada sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan tinggi dalam tempoh bajet tahunan yang sama.

“PN menggesa kerajaan segera menarik balik cadangan-cadangan yang kelihatan terdesak ini dengan membentangkan rancangan penjimatan yang lebih adil, bijak dan pro-rakyat.

“Negara tidak akan maju ke hadapan jika kesihatan awam dikorbankan, sementara keperluan generasi muda pula dikesampingkan bagi menutup kegagalan pengurusan kerajaan sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber info/foto: Akaun media sosial Takiyuddin Haji Hassan

 

Tags: Datuk Seri Takiyuddin Hassankesihatan awamKKMKPTPemotonganPerikatan NationalperuntukanPNsetiausaha agung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

27/04/2026
0

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri susulan sokongan Ahli Dewan...

Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN

Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN

27/04/2026
0

SEREMBAN - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd