• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarum Skim Persaraan Swasta Nikmati Potongan Cukai RM3,000

oleh AK-47
04/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pencarum Skim Persaraan Swasta Nikmati Potongan Cukai RM3,000
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan pada tahun 2012 melancarkan Skim Persaraan Swasta SPS untuk menggalakkan rakyat meningkatkan tabungan persaraan di hari tua.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Skim ini diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi memberi pilihan kepada semua rakyat Malaysia sama ada bergaji atau bekerja sendiri untuk menambah simpanan persaraan mereka dalam persekitaran yang berstruktur dan dikawal selia.

Sehingga Mei tahun lalu, setengah juta rakyat Malaysia dilaporkan telah menabung untuk persaraan mereka itu yang melibatkan jumlah nilai aset bersih (NAV) melebihi RM5 bilion.

Jumlah setengah juta itu bagaimanapun masih jauh lebih rendah berbanding 8.53 juta pasaran pekerjaan swasta dalam Malaysia yang dilaporkan setakat tahun lalu.

Mungkin kerana masih ramai yang kurang menghayati manfaat jangka masa panjang SPS sebagai simpanan hari tua dan juga manfaat semasa iaitu mereka layak mendapat pelepasan cukai tahunan terhad kepada maksimum RM3,000.

Benar. Lembaga Hasil Dalam Negara Malaysia (HASiL) menggunakan bidang kuasanya untuk memberikan pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi menyokong dasar simpanan persaraan secara sukarela ini.

Malah, pendapatan yang diterima oleh skim persaraan swasta ini dikecualikan oleh HASiL daripada cukai di bawah Perenggan 20 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia selaras dengan aspirasi membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, menambah baik kualiti kehidupan rakyat dan rangka kerja sosial yang mampan.

Bagaimanapun, pencarum SPS yang membuat pengeluaran sebelum umur 55 tahun akan hanya dikenakan cukai muktamad pada kadar 8 peratus.

Peruntukan ini akan tetapi tidak terpakai bagi pengeluaran yang disebabkan kematian atau pencarum meninggalkan Malaysia selama-lamanya. Adil bukan.

Mereka yang bekerja sendiri dan pekerja sektor swasta yang mahu membuat simpanan tambahan untuk persaraan mereka namun perlu melalui Penyedia SPS yang disahkan kerajaan.

Penyedia SPS yang diluluskan di bawah Seksyen 139Q Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Kesimpulannya, kerajaan melalui HASiL telah menyediakan manfaat yang amat besar kepada mereka yang menyertai skim simpanan untuk persaraan ini.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuh mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang bekerja dalam sektor swasta rebut peluang ini demi masa depan yang lebih baik.

Jangan tunggu lama-lama kerana pelepasan cukai tahunan RM3,000 ini hanya sehingga tahun 2025 kecuali kerajaan berhasrat mengumumkan pelanjutannya menerusi Bajet 2023.

-Mynewshub

Tags: LHDNMpotongan cukaiskim persaraan swasta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

19/08/2024
0

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd