• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Niat Lerai Pergaduhan Teruk Dibelasah

oleh Mohd Arshad
25/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Niat Lerai Pergaduhan Teruk Dibelasah
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga tempatan teruk dipukul sekumpulan lelaki setelah cuba meleraikan pergaduhan antara sepupunya dengan seorang lelaki di Serendah sekitar pukul 6 petang di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua klip video pergaduhan tersebut tular di media sosial WhatsApp dengan kapsyen ‘Geng GST 08 Serendah Michael’ yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul mangsa sehingga terbaring berlumuran darah.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati pergaduhan ini berpunca daripada sepupu mangsa dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumah suspek.

“Suspek dikatakan telah menegur sepupu mangsa sehingga terjadinya pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Suffian, mangsa pada awalnya bertindak meleraikan pergaduhan tersebut kemudiannya dipukul oleh suspek.

Katanya, sepupunya lari meninggalkan mangsa yang dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek.

“Mangsa dipukul menggunakan objek tumpul sehingga terbaring berlumuran darah dan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Semua suspek yang terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan tegas oleh pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat untuk membuat aduan ke balai polis berdekatan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

-Kosmo Online

Tags: belasahpergaduhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

10/05/2025
0

SEREMBAN: Pelajar Tingkatan Lima parah akibat dibelasah beramai-ramai dalam kejadian di Paroi, di sini awal pagi semalam, dipercayai menjadi mangsa...

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd