• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas dalam kerjasama bersama UMNO serta tidak bersikap bermuka-muka.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, Hafiz mendakwa tindakan dan pendirian DAP dalam pelbagai isu sebelum ini menunjukkan sebaliknya, malah menurutnya sering bertentangan dengan perkara yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN).

“Ikhlas apa nya? DAP belasah setiap isu yang BN bangkitkan. Consistently! Semua ini membocorkan rasa keyakinan kepada kerjasama PH/DAP,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menyenaraikan beberapa isu yang menurutnya menjadi titik pertikaian antara DAP dan BN antaranya isu penggunaan kalimah Allah, sijil halal, label halal, UEC, Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)

Turut disenaraikan isu pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur, sekolah vernakular, kontroversi Jalur Gemilang diterbitkan secara terbalik, hiasan Krismas di premis halal, isu penternakan babi di Selangor serta kenyataan membabitkan Tony Pua berkaitan titah Raja-Raja Melayu.

Menurut Hafiz, senarai tersebut hanyalah sebahagian daripada isu yang mencetuskan ketegangan dan perbezaan pendirian antara kedua-dua parti.

“The list goes on, macam ABCDEF, G… korang sambunglah,” sindir beliau. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hafiz Ariffin

Tags: belasahDAPHafiz AriffinIKHLASisuPengerusi DAP JohorSetiausaha Pemuda UMNOTeo Nie ChingUMNO
Share216Tweet135SendShare

Related Posts

56,304 Kandungan Palsu Diturunkan – Teo Nie Ching

56,304 Kandungan Palsu Diturunkan – Teo Nie Ching

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 56,304 kandungan palsu dalam talian telah diturunkan daripada platform media sosial hasil permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd