Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

Naik Tambang Bas Ekspres...

PUTRAJAYA - Sebarang keputusan kerajaan berhubung kenaikan tambang bas ekspres akan mengambil kira...

Wanita Maut Kereta Rempuh...

KUANTAN - Seorang wanita pekerja kedai makan maut manakala kakaknya cedera apabila kenderaan...

Undang-Undang Khusus Kebajikan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merangka undang-undang dan peraturan khas bagi melindungi hak...

MBMB Rampas 197 Unit...

MELAKA - Sebanyak 197 unit komputer dirampas dalam serbuan di premis kafe siber...

Curi Wang Makanan: Pengetua Tadika Dipenjara 50 Tahun

BANGKOK : Mahkamah jenayah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama 50 tahun terhadap seorang bekas pengetua tadika di wilayah Surat Thani kerana didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan makanan tengahari kanak-kanak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor thethaiger.com, Somchaow Sittichen mengaku mencuri wang makanan kanak-kanak itu dan hanya menghidangkan mi kosong dengan sos ikan kepada mereka untuk hidangan tengahari.

Mahkamah mendapati Somchaow bersalah atas 77 pertuduhan rasuah yang masing-masing membawa hukuman penjara selama lima tahun.

Pada mulanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 385 tahun ke atas bekas pengetua tadika itu.

Bagaimanapun, berdasarkan Seksyen 91 (3) kanun keseksaan, hukuman penjara sebenar Somchaow tidak boleh melebihi tempoh 50 tahun.


Di bawah undang-undang Thailand, mana-mana individu didapati bersalah atas beberapa pertuduhan jenayah yang membawa hukuman sehingga 10 tahun boleh dipenjara selama maksimum 50 tahun melainkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang dilesapkan oleh Somchaow atau berapa lama kanak-kanak tadika itu dihidangkan dengan makanan tengahari demikian.

Mahkamah memaklumkan Somchaow melakukan jenayah yang serius kerana kanak-kanak itu tidak mendapat nutrisi mencukupi untuk perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.

Menurut mahkamah, tindakan bekas pengetua tadika itu memberi kesan negatif jangka panjang kepada kanak-kanak tersebut.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori