Berita baik buat sektor korporat, ejen cukai, golongan akademik, pelajar institusi pengajian tinggi mahupun para pembayar cukai.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2022 secara dalam talian (webinar) pada bulan depan.
SPK 2022 dilaksanakan sebanyak dua sesi iaitu pada 12 Oktober 2022 bagi sesi pertama dan pada 13 Oktober 2022 bagi sesi kedua.
SPK 2022 akan membariskan para penceramah berpengalaman yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan LHDNM sendiri.
Begitu juga ahli panel professional serta tokoh ekonomi bagi mengupas dua topik utama iaitu “Cadangan Bajet 2023” dan “Tadbir Urus Korporat Cukai – Perspektif HASiL”.
Menurut LHDNM, SPK merupakan acara tahunan dengan objektif penganjuran untuk menyampaikan pelbagai maklumat terkini dan memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan dengan sebarang pindaan dalam semua akta yang ditadbir oleh LHDNM.
Ia adalah lanjutan kepada pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan pada bulan Oktober akan datang.
Ini bermakna SPK 2022 sangat signifikan untuk disertai semua pihak berkepentingan termasuk sektor korporat dan golongan akademik untuk melengkapi pengetahuan terkini berhubung percukaian.
Pendaftaran bagi menyertai seminar itu telah pun dibuka dan orang ramai khususnya pengamal percukaian serta pembayar cukai adalah digalakkan untuk mendaftar melalui portal https://spk.hasil.gov.my .
Bagi memudahkan urusan pendaftaran seminar, LHDNM malah menyediakan dua kaedah pembayaran yuran seminar iaitu melalui kaedah Financial Process Exchange (FPX) dan bayaran secara kad debit/ kredit.
Orang ramai boleh menghubungi pihak urus setia SPK 2022 melalui e-mel [email protected] bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan seminar ini.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh juga dikemukan kepada LHDNM
melalui saluran berikut:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
-Mynewshub