Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anak Sara Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibu...

2 Individu Didakwa Simpan...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Perintah Kawalan Pergerakan Bermula,...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula...

Malaysia, Bahrain Meterai 4...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Bahrain hari ini menandatangani perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan...

RM482 Juta Kerugian Penipuan Dalam Talian

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 14,140 kes jenayah dalam talian membabitkan kerugian RM482 juta, Januari hingga Ogos lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata jumlah itu menurun 6,561 kes berbanding 20,701 kes direkodkan dengan kerugian RM560 juta bagi tempoh sepanjang tahun lalu.

“Kes penipuan pembelian dalam talian merekodkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 6,449 kes direkodkan pada tahun ini menbabitkan kerugian RM89 juta, berbanding 9,499 kes (RM73 juta) pada tahun lalu.

“Sebanyak 2,191 kes pinjaman tidak wujud direkodkan pada tahun ini dengan kerugian RM25 juta berbanding 4,784 kes (RM50 juta) pada tahun lalu,” katanya selepas Majlis Perasmian Duta AntiScam di Maktab Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Pengarah Urusan Multimedia Creative Solutions Sdn Bhd, Datuk Steven Lim Boon Siong.

Acryl Sani berkata, ada 2,379 kes penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kerugian RM151 juta pada tahun ini berbanding 3,195 kes (RM245 juta) pada tahun lalu.


“Bagi kes Macau Scam pula, sebanyak 2,439 kes direkodkan dengan kerugian RM147 juta pada tahun ini berbanding 1,585 kes (RM84 juta) pada tahun lalu.

“Sebanyak 549 kes dengan kerugian RM39 juta membabitkan African Scam direkodkan pada tahun ini, manakala 1,460 kes (RM56 juta) dicatatkan pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) merekodkan sebanyak 101 kes membabitkan kerugian lebih RM1.3 juta pada tahun ini, berbanding 121 kes (RM1.7 juta) pada tahun lalu.

Katanya, bagi kes Business Email Compromise (BEC) pula, sebanyak 32 kes direkodkan membabitkan RM28 juta kerugian pada tahun ini, berbanding 57 kes (RM49 juta) pada tahun lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori