• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Arab Saudi Belasah Remaja Perempuan Di Rumah Anak Yatim

oleh Mohd Arshad
03/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Arab Saudi Belasah Remaja Perempuan Di Rumah Anak Yatim
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH : Pihak berkuasa Arab Saudi sudah membuka kertas siasatan selepas video menunjukkan anggota keselamatan memukul beberapa remaja perempuan di sebuah rumah anak yatim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi rakaman tersebut, anggota polis dan pegawai berpakaian preman dikatakan menyerbu Rumah Pendidikan Sosial di Khamis Mushait, lapor BBC.

Seorang pegawai dilihat mengheret seorang gadis dengan menarik rambutnya tanpa menghiraukan mangsa menjerit kesakitan, manakala, seorang anggota polis memukulnya dengan tali pinggang.

Gadis-gadis lain pula dilihat dikejar dan dipukul dengan kayu.

Bagaimanapun, masa dan suasana kejadian tersebut tidak jelas.

Pengguna Twitter yang mendakwa dia menyunting video tersebut menjelaskan gadis-gadis itu mengadakan ‘mogok terhadap rasuah dan ketidakadilan’ selepas mereka ‘menuntut hak mereka dari rumah anak yatim dan ditolak’.

Dia kemudian menyiarkan gambar yang menunjukkan lebam yang dialami mangsa dalam serbuan itu.

Seorang pegawai polis pula memberikan ugutan jika video tersebut tidak dipadamkan dalam media sosial.

Aktivis hak asasi manusia menyatakan kemarahan terhadap rakaman itu selepas tersebar Selasa lalu, dengan tanda pagar ‘Khamis_Mushait_Orphans’ menjadi sohor kini dalam Twitter Arab Saudi.

Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di United Kingdom, ALQST berkata, rakaman itu tidak ‘berperikemanusiaan’ dan pihak berkuasa Saudi ‘mesti bertanggungjawab terhadap pelaku’.

Gabenor wilayah Asir di barat daya berkata, beliau sudah membentuk jawatankuasa bagi menyiasat rakaman itu dan hasilnya akan dirujuk kepada pihak berkuasa yang berwibawa.

Insiden itu tercetus ketika kebimbangan antarabangsa semakin meningkat tentang hak wanita di Arab Saudi.

Sejak beberapa tahun ini, kerajaan menarik balik larangan terhadap wanita memandu dan memenjarakan aktivis wanita terkemuka sebagai tindakan keras terhadap mereka yang berbeza pendapat.

Minggu ini, seorang wanita Arab Saudi dikenakan hukuman penjara 45 tahun kerana catatan dalam media sosial yang mengkritik pemimpin kerajaan.

-Utusan Online

Tags: belasahPolis Arab SaudiRemaja PerempuanRumah Anak Yatim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd