• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di temui di sebuah kebun.

Memetik laporan media tempatan, mayat Nur Izzati Humaira Azizul, 18, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir remaja itu dilihat.

Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dipetik berkata, mayat remaja tersebut ditemui pada pukul 11.58 pagi.

“Operasi hari ini dimulakan dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada pukul 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan.

“Pada pukul 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa ketika ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Media melaporkan, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. – MYNEWSHUB

 

Tags: 500 meterBukit AsaHulu BernamJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaJPBMkebunlokasi terakhirMayatNur Izzati Humaira AzizulRemaja PerempuanselangorSesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd