• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUDA Bantah PRU15 Ketika Banjir, Anjur Himpunan Sabtu Ini

oleh AK-47
21/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
MUDA Bantah PRU15 Ketika Banjir, Anjur Himpunan Sabtu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Parti Ikatan Demokratik (Muda) berhasrat mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini bagi membantah pilihan raya umum (PRU) diadakan pada musim tengkujuh tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda, Nurainie Haziqah Shafii berkata, himpunan yang dinamakan ‘Nyawa Dulu Baru Pilihan Raya’ itu dirancang diadakan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Himpunan itu katanya sebagai respons kepada kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN bersedia meredah banjir untuk berkempen sekiranya pilihan raya diadakan tahun ini, yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Baru-baru ini Presiden Umno Datuk Seri Zahid hamidi telah mendesak pilihan raya disegerakan tahun ini juga walaupun Datuk Seri Zahid Hamidi dan rakan-rakan dalam BN tahu bahawa banjir akan selalunya berlaku pada akhir tahun.

“Ini mengingatkan kami semua berkenaan tragedi banjir yang telah berlaku dengan teruk bermula Nov 2021 dan Januari 2022, dan sehingga ke hari ini, tiada langsung pelan mitigasi oleh kerajaan BN untuk menghadapi banjir.

“Kami Muda, ingin dengan sejelas-jelasnya menuntut tiada pilihan raya diadakan pada tahun ini, perkara ini sangat tidak bertanggungjawab dan kenyataan seperti tidak langsung mencerminkan keprihatinan Keluarga Malaysia yang dilaungkan perdana menteri,” katanya dalam sidang media hari ini.

Nurainie berkata, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob perlu mengumumkan pelan mitigasi banjir nasional yang merangkumi penempatan aset dan kakitangan kerajaan.

Seorang lagi ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda, Afiqah Zulkifli, berkata kerajaan perlu mendedahkan hasil siasatan berkenaan banjir besar tahun lalu, yang turut mengorbankan nyawa.

“Dapatan daripada post mortem banjir itu tidak seharusnya disimpan secara eksklusif oleh jawatankuasa bencana di dalam bilik-bilik mesyuarat , tetapi perlu dimaklumkan kepada wakil rakyat pembangkang, NGO dan penduduk tempatan,” kata Afiqah.

Sementara itu anggota eksekutif pusat Muda, Lim Wei Jiet pula berkata, orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui tindakan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan, dalam hal melibatkan kepentingan negara.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata dia akan berbincang mengenai tarikh PRU dengan lima pemimpin tertinggi Umno dalam masa terdekat.

Ismail berkata mereka akan “membincangkan semua isu” berkaitan untuk mengadakan PRU15, termasuk aspek cuaca.

-Malaysia Kini

Tags: HimpunanmudaPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

27/07/2025
0

KULIM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang laporan pelanggaran berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) atau aduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd