• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Sejuta Perpaduan Ummah Terbuka Kepada Semua

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Himpunan Sejuta Perpaduan Ummah Terbuka Kepada Semua
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Himpunan Sejuta Perpaduan Ummah tidak pernah ditutup atau dihadkan kepada mana-mana parti politik atau organisasi, sebaliknya terbuka kepada semua pihak yang mahu bersama dalam usaha menyatukan ummah.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, himpunan itu melibatkan semua pihak tanpa mengira latar belakang parti mahupun bangsa.

Menurutnya, semua pihak dialu-alukan untuk menyertai himpunan berkenaan selagi matlamatnya adalah untuk memperkukuhkan perpaduan ummah.

“Untuk makluman kita tidak pernah menutup atau menghadkan himpunan perpaduan ummah ini untuk mana-mana parti ataupun organisasi.

“Himpunan ini melibatkan semua tidak kira parti atau bangsa. Selagi mana ia bertujuan untuk menyatukan ummah, maka semua dijemput untuk bersama,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, Akmal menjelaskan UMNO dan PAS akan bertindak sebagai penggerak utama himpunan berkenaan memandangkan kedua-duanya merupakan parti Melayu-Islam terbesar di negara ini.

“Hanya yang kita katakan, penggerak utama untuk himpunan ini adalah dari UMNO dan PAS selaku dua parti melayu Islam terbesar dalam tanah air kita,” katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan Himpunan Sejuta Perpaduan Ummah bukan milik eksklusif mana-mana parti atau organisasi.

“Himpunan perpaduan ummah ini adalah himpunan kita semua,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Akmal SalehHimpunanperpaduan ummahsejutaTerbuka Kepada Semua
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Insya-Allah, Saya Akan Terus Tabah Menghadapi Setiap Dugaan – Akmal Saleh

Insya-Allah, Saya Akan Terus Tabah Menghadapi Setiap Dugaan – Akmal Saleh

26/10/2026
0

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, individu yang mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd