• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

oleh Mynewshub
15/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau ‘digam’ daripada bersiaran di RTM selepas dua hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir.

Dakwanya, beliau ketika itu ‘digam’ daripada bersiaran secara langsung dalam Forum Perdana Ehwal Islam di saluran RTM walaupun semua persiapan telah dibuat.

“Semua ada bukti. Ada aku kisah? Aku dah besar, TV tu kecil sangat untuk aku masuk. Tapi ingat, hidup macam roda, ada kala kita di atas, ada kalanya di bawah. Sekarang kamu di atas, akan datang kita tak tahu,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau berkata demikian susulan kontroversi pengulas sukan, Azlan Johar didakwa direhatkan daripada mengulas siaran Piala Dunia 2026 di RTM selepas menyertai PAS.

“Saya dah agak, bila diumum saja pengulas sukan yang masuk PAS pada 13 Jun lalu, akan ‘digam’. Saya kena lama dah,” dakwanya.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ashwad Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu direhatkan sebagai pengulas sukan selepas menyertai PAS.

“Pertama sekali, Azlan tidak direhatkan sebagai pengulas sukan di RTM. Sebab, pengulas sukan sempena World Cup ini adalah berdasarkan kepada jemputan,” katanya seperti dilaporkan pihak media.

Ashwad turut menjelaskan Azlan tidak mempunyai kontrak yang mengikatnya untuk mengulas semua perlawanan Piala Dunia dan RTM kena jemput pengulas yang lain juga.

Beliau dipetik berkata, RTM tetap menjemput Azlan untuk mengulas perlawanan Brazil menentang Morocco walaupun beliau sudah maklum dengan penyertaannya ke dalam PAS pada Julai 2025. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Tags: Dr. Ridhuan Tee AbdullahForum Perdana Ehwal IslamKena gamPenceramah agamaPenganalisis politikPRU-15RTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti politik Melayu berpecah belah memberi kelebihan kepada pihak lain untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Penganalisis...

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd