Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Selepas Dilanggar...

MARANG - Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda...

Remaja Patah Pergelangan Tangan...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki patah pergelangan tangan kanan selepas tersepit pada...

Debaran Anugerah Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Debaran Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016...

Sanggup Makan Ayam Goreng...

SAYAP ayam goreng biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi pengusaha restoran di...

Lima Pelancong British Hilang Ditemukan Di Kampung Pagi, Ulu Tembeling

JERANTUT: Lima pelancong warga Britain berusia antara 22 hingga 62 tahun yang dipercayai hilang di hutan berdekatan Kampung Pagi, Ulu Tembeling di sini ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan hutan Sungai Relok di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelancong yang merupakan lima sekeluarga itu, Rhys William Woodfield, 30, (pengacara/penerbit bebas), Siaw Woodfield), 25, Owen Woodfield, 22, serta dua warga emas, James Woodfield, 62, dan isterinya, Rachel Anne Woodfield, 60.

Keluarga tersebut yang tiba di pusat peranginan hutan tropika Taman Negara pada 25 September lalu dan menginap di Mutiara Taman Negara Resort (MTNR) sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, isteri salah seorang mangsa, Haigbrown Woodfield, 30, yang beralamat di Danau Impian Condo, Taman Desa Jaya, Kuala Lumpur membuat laporan polis di sini berikutan kehilangan ahli keluarganya.

“Kita memperoleh maklumat daripada isteri mangsa, percaya lokasi terakhir suaminya, Rhys William Woodfield serta keluarganya berada di kawasan hutan Kampung Pagi, Ulu Tembeling.

“Seramai tiga orang pegawai, 14 anggota polis dibantu lima kenderaan terus membuat penugasan mencari di sekitar Kampung Pagi pada 2.30 pagi hari ini melibatkan bantuan Pengusaha Eco Rimba Taman Negara Kuala Tahan dan anggota Pondok Polis Kuala Tahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, operasi mencari menyelamat turut dilakukan oleh anggota Pondok Polis Kampung Bantal dengan membuat rondaan dari Kampung Bantal hingga ke Kampung Pagi pada pukul 2.35 pagi.


Beliau berkata, agensi lain yang terbabit operasi mencari dan menyelamat, iaitu anggota balai bomba dan penyelamat Jerantut seramai enam orang dan dua buah kenderaan pacuan empat roda, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (lapan orang), Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (empat orang), Pasukan Gerakan Udara (lima orang) dan 20 orang penduduk setempat serta tujuh buah motosikal.

“Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi hari ini dan kita membuka pusat operasi pada pukul 10 pagi hari ini di Balai Raya Kampung Pagi,” katanya.

Mazlan berkata, semua berjaya ditemukan dalam keadaan selamat di kawasan Sungai Relok berdekatan Kampung Pagi pada pukul 1.10 petang hari ini dan keluarga warga British itu segera dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan untuk pemeriksaan kesihatan.

“Saya berterima kasih kepada semua agensi tugas mencari dan menyelamat termasuk penduduk di sini kerana bertindak pantas dan cekap sehingga menemukan keluarga British ini dengan selamat.

“Usaha ini sangat murni dan terbaik berasaskan Keluarga Malaysia kerana kita membantu mangsa tanpa mengira bangsa dan agama demi menjaga nama imej negara khususnya kawasan pelancongan Taman Negara di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Ujarnya, pelawat domestik dan pelancong luar dinasihatkan supaya memberitahu pusat penginapan masing-masing sekiranya ingin membuat pengembaraan di lokasi Taman negara dan kampung berdekatan dan sewajarnya menggunakan khidmat pemandu alam sekitar untuk mengelakkan berlaku kejadian sesat dan kecelakaan di hutan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori