Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU: Seramai 138 mangsa banjir daripada 41 keluarga masih berada di dua...

Agong Seru Kerajaan Percepat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Apa Lagi Yang UMNO...

KEMENANGAN Pakatan Harapan dalam pilihan raya kali ini sangat jelas menunjukkan apa yang...

Main Gitar Semasa Doktor...

SEORANG pemuzik jazz yang menghidap tumor otak bermain gitar semasa pembedahan dilakukan ke...

LHDN Anjur Konsultansi Awam

PETALING JAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menganjurkan konsultasi awam dengan orang ramai bermula Isnin lalu sehingga 10 Oktober depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut LHDN, konsultasi tersebut adalah bagi meningkatkan ketelusan dan penglibatan awam dalam pentadbiran cukai secara langsung.

“LHDN mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai konsultasi awam bagi tajuk elaun cukai pelaburan – industri layak dan permohonan untuk kelulusan Ketua Pengarah LHDN di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tabung kebajikan hospital awam, hospital Swasta dan hospital pengajar.

“Draf ketetapan umum dan garis panduan berkaitan tajuk konsultasi awam ini telah dimuat naik pada portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk semakan dan penelitian,” katanya, di sini.

Terdahulu, bagi sesi elaun cukai pelaburan – industri layak, tempoh konsultasi bermula 26 September lalu sehingga 9 Oktober depan dengan orang ramai mengemukakan komen, cadangan dan maklum balas di [email protected].


Bagi sesi permohonan untuk kelulusan Ketua Pengarah LHDN di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tabung kebajikan hospital awam, hospital Swasta dan hospital pengajar bermua 27 September lalu sehingga 10 Oktober depan di [email protected].

Sehubungan itu, LHDN berharap peluang ini dapat dimanfaatkan orang ramai kerana ia merupakan kaedah terbaik buat lembaga menambah baik aspek kawal selia perundangan melalui penglibatan pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak.

“Selain itu, usaha ini juga penting bagi memastikan setiap peraturan yang akan dilaksanakan berlandaskan kepada maklumat yang lengkap dan berasas sekali gus dapat meningkatkan tadbir urus dan kualiti perkhidmatan LHDN kepada pembayar cukai.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui LHDN Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 bagi luar negara, LHDN Live Chat; dan borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori