• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Akan Bawa Laporan AGC Isu Nyah Jenayah Bunuh Diri Ke Kabinet

oleh AK-47
28/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KJ Akan Bawa Laporan AGC Isu Nyah Jenayah Bunuh Diri Ke Kabinet
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dia telah menerima laporan lengkap daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai cadangan untuk nyah jenayah cubaan bunuh diri dan akan membawa perkara itu ke kabinet tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Khairy juga akan membincangkan hasil laporan itu dengan pihak berkepentingan lain iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

”Saya telah bawa satu memorandum jemaah menteri untuk kita adakan moratorium dahulu. Tapi waktu itu kabinet kata lebih baik kita ada kajian daripadaAGC sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada moratorium ataupun pindaan terus kepada Kanun Keseksaan.

“Hasil kajian ini kita akan bincangkan dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan seperti KDN dan PDRM.

“Dalam sesi ini kita akan bincangkan hasil kajian yang diperolehi AGC dan kita akan menyemak semula memo jemaah menteri yang telahpun disediakan untuk dibawa ke mesyuarat jemaah menteri,” kata Khairy kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan peruntukan kepada NGO kesihatan mental di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Justeru, dia berkata sama ada pindaan ini akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang bermula minggu depan akan bergantung kepada keputusan kabinet mengenai memorandum itu.

Bagaimanapun, Khairy menyatakan bahawa KDN nampaknya tidak berapa bersetuju dengan nyah jenayah kes bunuh diri ketika dia membangkitkannya sebelum ini.

“Jadi kita tengoklah sama ada mereka boleh dipengaruhi untuk menyokong usaha untuk kita nyah jenayah cubaan bunuh diri ini.

“Sebab saya dengar masa mesyuarat tu pun, hujah dia tak begitu kukuh bagi saya sebagai menteri kesihatan,” katanya.

Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh diri boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Pada Sept 2021, AGC dilapor sedang mempertimbangkan untuk nyah jenayah cubaan bunuh diri selepas kerajaan mengkaji undang-undang mengenai percubaan membunuh diri di UK, New Zealand, India dan Singapura.

-Malaysia Kini

Tags: Isu Nyah Jenayah Bunuh DirikabinetKJLaporan AGC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Tidak Benarkan Peranti Alternatif Dalam GEG

Next Post

Baki Peruntukan Untuk Menyiapkan LCS Tidak Mencukupi

Related Posts

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

17/04/2025
0

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan...

Next Post
Baki Peruntukan Untuk Menyiapkan LCS Tidak Mencukupi

Baki Peruntukan Untuk Menyiapkan LCS Tidak Mencukupi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd