Sample Page Title

DUNGUN – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawahnya melakukan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi banjir yang diramal berlaku berikutan musim Monsun Timur Laut tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara yang sedang dilakukan adalah pemasangan pam air, penyelenggaraan pintu air dan kerja-kerja mendalamkan kawasan takungan air di lokasi berisiko banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Kami (KASA) pantau supaya semua aset dapat digunakan pada waktu banjir nanti. Terdapat ratusan kawasan ‘hotspot’ banjir dikenal pasti di seluruh negara. Ada kawasan kami pasang pam air bergerak, ada yang kami pasang pam air kekal dan selenggara pintu air sebelum menghadapi musim tengkujuh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun di Dewan Sivik Bijangga di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Tuan Ibrahim kementerian juga sedang membina kira-kira 50 empangan sabo secara berperingkat di kawasan berisiko kepala air di seluruh negara.

Katanya, empangan tersebut yang berfungsi sebagai penahan puing termasuk bongkah batuan dan kayu serta melambatkan aliran air, akan dapat mengurangkan impak tragedi kepala air.


Terdahulu, beliau berkata Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun yang dilancarkan hari ini akan bermula pada 26 Sept ini dan dijangka siap 25 Mac 2027.

Menurutnya, projek bernilai RM242.97 juta itu, merangkumi kerja-kerja pengorekan alur pelayaran, serta pembinaan struktur pemecah ombak, struktur dinding penahan lapis lindung pantai dan ‘groin’ iaitu struktur hidraulik yang dibina secara berserenjang bagi mengurangkan kesan pukulan ombak pada pantai, selain pembinaan lampu tanda arah suar.

Katanya, objektif utama projek ini adalah bagi mengatasi kejadian mendapan di muara sungai berkenaan yang tidak selamat untuk navigasi bot nelayan dan bot pelancongan ke Pulau Tenggol.

“Keadaan menjadi bertambah buruk semasa musim Monsun Timur Laut apabila angin kencang dan gelombang kuat menyebabkan kerosakan bot dan risiko kehilangan nyawa, selain pemendapan itu turut mengurangkan keupayaan sungai mengalirkan air ke laut dan mengakibatkan banjir.

“Saya berharap projek ini dapat membantu 500 buah bot berdaftar di muara Sungai Dungun menjalankan aktiviti perikanan dan pelancongan dengan selamat serta bebas daripada masalah kerosakan bot, seterusnya menjana ekonomi tempatan. Risiko banjir pantai juga akan dapat dikurangkan melibatkan hampir 5,000 penduduk tempatan,” katanya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...