• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Hari Ini Bincang Tarikh PRU15

oleh Mohd Arshad
21/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kabinet Hari Ini Bincang Tarikh PRU15
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) antara topik dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, selain tumpuan kepada persediaan menghadapi banjir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Ini kerana beliau berkata perkara berkaitan pembubaran Parlimen dan pilihan raya berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri.

“Perbincangan itu ada, membabitkan macam-macam isu, kita bincang dengan panjang lebar mengenai persiapan menghadapi banjir untuk bulan-bulan akan datang, Oktober, November dan Disember,” katanya kepada BH.

Isnin lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan untuk mengadakan PRU15 dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Media turut melaporkan Perdana Menteri akan membawa pendapat semua pihak berhubung bila PRU15 patut diadakan.

Perdana Menteri sebelum ini diasak pelbagai pihak untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU15 dijalankan selepas dua kali perubahan kerajaan berlaku sejak PRU sebelum ini yang menyaksikan tiada parti politik memperoleh kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat.

Sabtu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU15 diadakan tahun ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO, menyifatkan isyarat yang diberikan ahli parti supaya PRU15 diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.

PAS pula kekal dengan pendirian sebelum ini bahawa PRU15 tidak sesuai diadakan pada tahun ini.

Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad berkata, pandangan itu telah disuarakan sejak sekian lama dan akan diulangi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, jika perkara itu kembali berbangkit.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak memberikan jawapan yang jelas berhubung perkara itu namun menyatakan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan mesyuarat Kabinet.

-Berita Harian

Tags: BincangkabinetPRU-15Tarikh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Kami Mahu UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan

Memang Kami Mahu UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO tidak mempunyai masalah dengan gesaan Pemuda Pakatan Harapan (PH) supaya pemimpin Barisan Nasional (BN) meletak...

Wan Fayhsal Bidas Penjelasan PM Anwar, Hari Peneroka FELDA Johor Bukan Semasa Kempen Pilihan Raya

Wan Fayhsal Bidas Penjelasan PM Anwar, Hari Peneroka FELDA Johor Bukan Semasa Kempen Pilihan Raya

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan penjelasan Perdana Menteri berhubung isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd