Sample Page Title

KUALA LUMPUR : CUEPACS meminta kerajaan memberi fokus untuk melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang 7 Oktober ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata langkah itu bagi memperkasa sistem perkhidmatan awam negara selaras dengan keperluan semasa.

Katanya, permintaan itu juga selaras dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam pada 30 Ogos lalu yang mahu menyegerakan kajian ke atas SSPA supaya ia boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

“SSPA baharu perlu dilaksanakan segera dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan membabitkan saraan dan perkhidmatan supaya kekal relevan dengan keperluan semasa penjawat awam.

“Pelaksanaan SSPA ini perlu merangkumi aspek gaji minimum yang baharu sesuai dengan peningkatan kos sara hidup semasa serta keperluan latihan dan pembangunan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adnan menjelaskan kedua-dua perkara itu bagi memastikan penjawat awam dapat menyampaikan sistem perkhidmatan awam dengan lebih berkesan kepada rakyat yang sentiasa dahagakan perkhidmatan terbaik.

Katanya, ketika ini sektor swasta sudah melaksanakan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei lalu dan ia wajar diikuti sektor awam bagi mengimbangi keperluan semasa penjawat awam.

“Apatah lagi dengan pemansuhan PMR/PT3 oleh kerajaan menjadikan kelayakan memasuki perkhidmatan kerajaan ketika ini adalah minimum SPM dan had gaji permulaannya boleh ditingkatkan.

“CUEPACS yakin penetapan gaji minimum baharu untuk sektor awam dengan diikuti latihan dan pembangunan mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya.

Situasi ekonomi semasa, katanya, menyaksikan peningkatan harga rumah serta kejatuhan mata wang memerlukan penetapan gaji minimum baharu di atas pendapatan garis kemiskinan (PGK).


“Usaha ini juga dilihat mampu mengurangkan tekanan kepada penjawat awam yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, CUEPACS yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang sentiasa bersama penjawat awam boleh melaksanakan agenda memperkasakan perkhidmatan awam.

“CUEPACS juga berharap kerajaan dapat meluluskan dengan segera peruntukan tambahan bagi penebusan awal award wang tunai gantian cuti rehat (GCR).

“CUEPACS mendapati peruntukan setiap kementerian dan jabatan bagi menebus GCR 80 hari seperti yang telah dikuatkuasakan tidak mencukupi dan habis digunakan.

“Keperluan peruntukan tambahan perlu disegerakan bagi tujuan itu untuk memberi peluang kepada penjawat awam yang memerlukannya,” katanya.

Pada masa sama, CUEPACS berharap kerajaan mengembalikan hak rundingan di antara majikan dan pekerja dalam setiap perkara membabitkan perkhidmatan serta pelaksanaan pekeliling baharu.

“Amalan rundingan ini sudah lama dijalankan kerana ia mampu mencapai keputusan yang memberikan manfaat antara kedua-dua pihak.

“Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam wajar mencontohi kepemimpinan Perdana Menteri yang sentiasa berunding dan mendengar suara penjawat awam sebelum melaksanakan sesuatu keputusan,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...