Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Saksi pendakwaan remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella, yang didakwa menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Prosiding membabitkan saksi pendakwaan ke-18 itu dibuat secara tertutup dan hanya boleh dilihat hakim, pihak pendakwaan dan peguam melalui rangkaian secara langsung.

Bella ditempatkan dalam sebuah bilik dengan ditemani seorang perantara yang juga doktor psikilogi dari Jabatan Peguam Negara dan seorang peneman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang prosiding dijalankan.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memohon supaya perbicaraan kes dijalankan secara tertutup memandangkan saksi adalah mangsa dalam kes berkenaan.

“Kami sebelum ini memohon kepada mahkamah apabila kanak-kanak memberi keterangan, seorang perantara digunakan mengikut Seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dan seorang peneman mengikut Seksyen 9 akta sama.

“Dua nama sudah diberikan kepada mahkamah ini iaitu Dr Nor Jumawaton Shahruddin dan Noor Faiidah Mohamed,” katanya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Sementara itu, Izralizam berkata, mahkamah sebelum ini membenarkan pelantikan perantara dan peneman selain saksi terbabit adalah kanak-kanak kurang upaya.


“Kali ini perbicaraan saksi iaitu Bella akan dijalankan melalui rangkaian secara langsung selaras Seksyen 31(b) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. Mahkamah juga mengikut Seksyen 12 akta sama seperti permohonan Timbalan Pendakwa Raya akan memulakan prosiding secara tertutup.

“Oleh demikian mahkamah meminta orang awam untuk meninggalkan galeri awam sebelum prosiding bermula,” katanya.

Terdahulu, Bella dilihat hadir ke mahkamah bersama beberapa pegawai JKM kira-kira jam 9 pagi dengan memakai gaun berwarna putih dan biru seperti watak Puteri Elsa dalam filem animasi Frozen.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...